Orang sekeliling kita tak kira sama ada kawan atau ahli keluarga mesti salah seorang dari mereka yang ada tabiat suka mengunyah gula-gula getah.

Tahukah anda mengunyah gula-gula getah merupakan satu tabiat yang sudah di amalkan oleh orang zaman purba?. Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang gula-gula getah.

1. Sejarah kunyahan yang pertama

Kaum Maya di Selatan Mexico adalah ketamadunan pertama yang menjumpai gula-gula getah.

Mereka mengambil gula-gulah getah dari sejenis pokok liar dengan cara menoreh dahan pokok tersebut dan menadah cecair getah yang keluar.

Bila getah pokok tu membeku ia akan mula liat dan kenyal.

Tabiat mengunyah gula-gula getah ini menjadi popular kerana seorang pahlawan mereka iaitu Kukulkan yang dianggap sebagai utusan tuhan sangat suka mengunyah gula-gula getah.

Gula-gula getah juga telah di temui pada tamadun Yunani purba. Mereka mengunyah gula-gula getah yang di ambil dari resin pokok mastic.

Resin pokok mastic yang mempunyai kandungan gula ini juga bersifat antiseptik dan di gunakan untuk menjaga kesihatan mulut.

2. Penciptaan gula-gula getah moden

Pembuatan gula-gula getah moden untuk dikomersialkan telah dipelopori oleh John B Curtis pada tahun 1884 dengan jenama “State Mine Pure Spruce Gum”tapi masih menggunakan bahan dari resin pokok.

Pada sekitar tahun 1850 gula-gula getah yang di perbuat dari lilin parafin telah di perkenalkan sekaligus mengembangkan pengeluaran gula-gula getah moden.

Banyak jenama gula-gula getah telah muncul dengan pelbagai jenis rasa telah muncul seperti  Adams New York Chewing Gum dan  Wrigley’s Spearmint Gum.

Gula-gula getah mula popular di seluruh dunia sekitar perang dunia pertama kerana kebanyakan tentera Amerika ketika itu di bekalkan dengan gula-gula getah dan mereka memberinya pada penduduk tempatan di negara yang mereka singgah.

3. Bagaimana gula-gula getah moden dibuat?

Asas pembuatan bagi gula-gula getah moden adalah melalui proses peleburan dan penalaan serta penapisan. Ramuannya sangat rumit dan ada yang tidak didedahkan.

Namun apa yang pasti, bahan asas bagi gula-gula getah moden adalah polimer dan juga bahan sintetik yang lain seperti lilin petroleum dan paraffin.

Manakala bahan semulajadi turut dicampur seperti getah asli. Ini bergantung pada produk yang di hasilkan.

Setiap ramuan asas seperti perasa hanya diketahui oleh beberapa inidividu dalam sesebuah pengeluar gula-gula getah bagi mengekalkan kerahsiaan sesuatu produk.

Seterusnya, bahan-bahan lain seperti pemanis yang berkhasiat dan tidak bergizi ditambahkan pada bahan utama sehingga bahan asas tadi menjadi seperti adunan.

Setelah mengalami proses adunan gula-gula getah akan dibentuk untuk dibungkus mengikut jenis produk yang dijual di pasaran.

4. Apakah kebaikan  tabiat mengunyah gula-gula getah?

Sir Alex Ferguson bekas pengurus pasukan Man U yang diketahui gemar mengunyah gula-gula getah

Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2013 oleh Institut Sains Radiologi Kebangsaan Jepun dan beberapa institusi sains itu membuktikan, sekurang-kurangnya lapan tempat pada otak manusia boleh mendapat manfaat daripada perlakuan mengunyah gual-gula getah.

Ketua penyelidik, Profesor Andy Smith, berkata, mengunyah gula-gula getah, mampu meningkatkan ghairah dan mengundang tindakan sementara kepada aliran darah dalam otak.

Menurutnya, responden yang terlibat diberi tugas ketika mengunyah gula-gula getah dan tidak mengunyah serta bahagian otak mereka diimbas untuk melihat bahagian mana yang paling aktif.

Menurut beliau, kawasan otak yang paling aktif ketika mengunyah merupakan kawasan yang terlibat dengan pergerakan dan pemerhatian.

“Satu kes yang boleh dijadikan contoh, situasi pengurus bola sepak kelab Manchester United, Alex Fergusson yang sentiasa mengunyah gula-gula getah ketika pasukannya beraksi. Mungkin ia hanya kebetulan, namun, tindakan itu dilihat sangat tepat dalam keadaan yang getir seperti itu,” katanya.

Jelas beliau, keputusan ujian mencadangkan kunyahan meningkatkan paras keghairahan dan kewaspadaan yang menjana kawalan motor, sekali gus membantu meningkatkan persembahan kognitif individu.

5. Apa pula keburukan mengunyah gula-gula getah?

Di London seorang ibu kepada empat anak yang gemar mengunyah gula-gula getah hingga tujuh jam sehari kini terpaksa melalui pembedahan bagi membaiki rahangnya yang tidak lagi berfungsi.

Tabiat Claire Embleton yang suka mengunyah itu memusnahkan sendi sebahagian rahangnya, menyebabkan beliau tidak boleh membuka mulut lebih daripada satu sentimeter.

Difahamkan, wanita berusia 38 tahun itu mungkin mempunyai parut selepas pembedahan. Doktor akan memotong sebelah mukanya untuk menggantikan sendi salah satu bahagian rahangnya dengan kepingan besi.

Selain kesan pada rahang, kandungan bahan yang terdapat dalam gula-gula getah juga dikatakan berisiko untuk kesihatan.

Dua daripada bahan-bahan yang terkandung di dalam gula-gula getah adalah aspartame dan sucralose. Kedua-dua bahan ini adalah bahan toksik yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Ini kerana, pada suhu 30 darjah celcius (suhu di dalam mulut kita adalah 37 darjah celcius), Aspartame akan membebaskan methanol yang akan bertukar menjadi formic acid dan formaldehyde di dalam badan anda.

Buccal mucosa mulut dan lidah kita pula akan menyerap aspartame di dalam chewing gum itu. Kajian ada menyatakan bahawa, aspartame yang diserap dengan cara begini adalah lebih membahayakan berbanding jika ia disuntik terus ke dalam badan anda.

Aspartame yang diserap oleh tubuh akan berpecah menjadi pelbagai jenis racun dan ia lebih membahayakan daripada racun biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni

Sumber: Wikipedia, Berita Harian