5 Fakta Safron Yang Anda Tak Tahu
Jika anda penggemar masakan dari Timur Tengah anda pasti sudah terbiasa dengan aroma dan rasa Safron. Bau yang harum serta mempunyai rasa yang tersendiri membuatkan safron sebagai rempah yang sangat istimewa.
Tapi tahukah anda bagaimana safron diperoleh dan apa khasiat safron?. Kami sediakan 5 fakta mengenai rempah yang digelar ’emas padang pasir’ ini.
1. Sejarah Safron
Safron adalah salah satu daripada rempah ratus yang sangat berharga, mahal dan terkenal di seluruh dunia, Safron didambakan oleh penduduk bumi kerana warna, rasa dan khasiat perubatannya.
Safron, merupakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris “saffron” yang berasal daripada perkataan Arab za’faran membawa maksud kuning. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan adalah antara khazanah alam termahal di dunia.
Pokok safron dikatakan berasal dari Timur Tengah, juga terdapat di Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Lazimnya pokok safron tumbuh di kawasan pergunungan yang beriklim sederhana. Namun untuk tujuan komersial safron kini ditanam di kawasan tanah pamah.
Mengimbau sejarah penggunaan safron, dukun Mesir menggunakannya untuk merawat sakit usus, dan di zaman Roman, ia digunakan untuk membantu menyembuh luka dan melegakan saluran pernafasan.
Pada era Greek kuno, safron digelar “Darah Hercules” dan digunakan sebagai tangkal perlindungan serta setanggi untuk upacara keagamaan. Kek safron dipersembahkan sebagai menghormati Tuhan kesuburan.
Herba ini disebut di dalam Kitab Zabur di dalam “Songs of Solomon”, sebagai salah satu daripada rempah ratus yang paling berharga. Ia hanya boleh dituai oleh wanita berstatus tinggi, seperti paderi wanita, yang mengenakan pakaian diwarnakan dengan safron.
2. Bagaimana safron dituai?
Sebanyak 120,ooo kuntum bunga safron diperlukan bagi mendapat 1 kilogram stigma safron. Dan harga untuk stiap gram safron boleh mencecah hingga ribuan dolar untuk setiap gram.
Proses menuai sangat rumit dan memerlukan banyak tenaga manusia serta melalui 40 jam masa bekerja untuk proses yang sempurna. Bunga safron yang cukup matang akan di petik dan dikumpul untuk diambil stigma atau bebenang merah yang terdapat pada bunga safron.
Proses memetik bunga safron hanya dilakukan pada awal pagi iaitu ketika bunga safron mekar dan kembang. Selain menjaga kualiti, tindakbalas kimia pada stigma ababila terkena cahaya matahari diberi keutamaan agar tidak menjejaskan rasa dan aroma bebenang safron.
Selepas dipetik, bebenang stigma akan dikeluarkan dari bunga safron. Proses ini dilakukan dengan teliti dan sangat rumit kerana bebenang stigma mudah putus dan akan menurunkan nilai safron. Kemudian bebenang stigma akan dijemur supaya kering dan akan dijual dan sedia untuk digunakan.
3. Apa yang membuatkan safron begitu istimewa
Umum mengetahui safron mempunyai bau yang harum dan unik, selain rasa dan warna safron adalah herba yang berada dalam kelas yang tersendiri.
Komposisi kimia yang terdapat pada stigma safron berbeza dengan kebanyakan jenis herba yang lain. Terdapat lebih daripada 150 sebatian yang tidak menentu dan menghasilkan aroma.
Ia juga mempunyai banyak komponen aktif , yang kebanyakannya adalah karotenoid, termasuk zeaxanthin dan lycopene.
Apabila safron dikeringkan selepas dituai, haba yang terkumpul digabungkan dengan tindakan enzimatik, membahagi picrocrocin untuk menghasilkan glukosa dan molekul secara semulajadi. Minyak yang terhasil akan , menghasilkan warna kuning yang sangat unik.
4. Khasiat Safron pada kesihatan
Kajian menunjukkan bahawa unsur safron dapat meningkatkan sistem kardiovaskular yang sihat. Protein kejutan haba (Heat shock proteins – HSPs) ternyata mempunyai kaitan dengan sindrom metabolik dan aterosklerosis, jadi para penyelidik ingin menyiasat kesan herba ini ke atas antibodi kepada HSP di kalangan pesakit dengan sindrom metabolik.
Sindrom prahaid (PMS) merupakan sebahagian daripada masalah kesihatan yang biasa dilaporkan oleh wanita, menjejaskan 20 peratus hingga 40 peratus wanita di dalam usia reproduktif.
Safron dianggap antikejang yang baik jadi penyelidik di Pusat Kajian Kesihatan Reproduktif Vali Asr, Universiti Sains Perubatan Tehran membuat penilaian sama ada ia boleh mengurangkan simptom PMS.
Di dalam satu kajian di Malaysia, penyelidik mengkaji sifat rasa kenyang di dalam safron. Peserta wanita diberikan kapsul kenyang dua kali sehari dan plasebo tidak aktif tanpa sebarang sekatan ke atas pengambilan makanan.
Selepas dua bulan, peserta yang menggunakan ekstrak safron melaporkan penurunan di dalam pengambilan kudapan dan hilang lebih banyak berat daripada kumpulan yang dikawal.
Para penyelidik mempuat kesimpulan bahawa herba ini boleh membantu merawat obesiti dengan menyekat selera dan menggalakkan penurunan berat badan.
5. Cara penggunaan safron
Bagi anda yang tidak mengenali safron bahagian safron yang boleh dimakan ialah stigmanya, iaitu tangkai yang panjang, kurus, keemasan di dalam bunganya.
Menurut sejarah, herba ini boleh didapati di dalam bentuk kisar atau keseluruhan stigma (benang), dan lebih baik di dalam bentuk benang untuk kualiti yang tinggi dan rasanya.
Berhati-hati dengan rempah yang mempunyai warna yang hampir sama tetapi tidak mempunyai rasa dan murah yang dikenali sebagai safflower.
Safron sangat berperisa dan beraroma, dengan rasa yang berempah, tajam dan sedikit pahit. Benangnya digunakan di dalam masakan nasi dan juga sayur, daging, makanan laut, ayam itik, dan makanan yang dibakar.
Ia bertindak menambah perisa yang tajam, hampir rasa ubat dan warna oren kekuningan kepada masakan.
Rempah ini boleh siap didapati daripada pasar khas, dan kerana nilainya yang tinggi, ia mungkin disimpan di bahagian yang lebih selamat. Safron biasanya dijual secara pukal di dalam peti kayu atau dibungkus dengan kertas timah untuk melindunginya dari keadaan yang teruk seperti cahaya dan air.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma?
Sumber: Wikipedia, MrTengku Asmadi