Bila dah bergelar isteri dan ibu, memang tak ada masa nak jaga badan. Tapi suri rumah anak tiga, Puan Noor Zuriyani mampu menurunkan berat badan hingga 13 kilogram tanpa mengambil sebarang ubat kurus.

Buat mak-mak di luar sana yang nak kurus, boleh ikut cara wanita ini. Paling penting kena disiplin kawal makan dan rajin bersenam.

BACA: Amylea AF Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 8Kg Sebulan

Menurut Puan Zuriyani, berat badannya sebelum ini mencecah 73kg dan mengakui pernah mencuba ubat kurus tetapi kesannya tidak memuaskan. Lebih teruk apabila dia berhenti mengambil ubat kurus, berat badannya naik semula.

Jom tengok apa cara yang dilakukan dan diamalkan oleh Puan Zuriyani untuk turunkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa 9 bulan.

Pernah cuba ubat kurus tapi tak berjaya

Saya nak berkongsi pengalaman saya dalam proses penurunan berat badan. Berat badan saya selepas malahirkan anak ke-3 meningkat kepada 73kg dengan keringgian 158cm memang tidak sesuai. Setahun saya mengalami berat badan sebegitu.

Saya juga pernah cuba ubat kurus tapi tidak berjaya, turun tidak banyak pun tapi bila berhenti makan berat naik semula.

Saya bermula pada bulan Oktober tahun lepas, saya nekad nak turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa ambil sebarang ubat kuru. Saya buat perlahan diet kalori dan mengamalkan makan suku suku separuh seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Memang ternyata berat badan turun walaupun lambat.

Tip 1: Sarapan pagi

Menurut ibu muda ini, biasanya sebelum sarapan dia akan makan buah terlebih dahulu atau minum jus. Selepas setengah jam barulah Puan Zuriyani akan bersarapan.

Untuk sarapan pagi, dia akan makan sekeping roti wholemeal bakar bersalut telur dengan sedikit homemade mentega kacang bersama kaya dan secawan teh hijau. Tak perlu beli mentega kacang mahal-mahal dikedai, boleh buat sendiri dirumah.

Tip 2: Menu tengah hari

Ikan bakar
Tempe bakar
Nasi basmathi
Bayam goreng

Ini antara menu contoh yang anda boleh amalkan. Mungkin mak-mak diluar sana boleh cuba menu ini.

Rajin bersenam/kekal aktif

Menurut Puan Zuriyani, dia mula berjinak-jinak dengan senaman zumba dan akan berzumba 3 kali seminggu. Di rumah juga dia turut melakukan senaman selama 30 minit untuk pastikan badan kekal cergas.

Tip elak perut buncit

Selain senaman dan kawal pemakanan, Puan Zuriyani juga turut kongsikan cara untuk elakkan perut buncit. Menurut wanita ini, untuk elakkan perut buncit, pastikan minum air selepas setengah jam makan.

Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Puan Zuriyani jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan bentuk badan yang anda impikan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱