Seorang wanita berusia 30 tahun ditembak mati oleh suaminya hanya kerana si isteri enggan memasak kari telur seperti yang diminta oleh suaminya. Kejadian dilaporkan berlaku di kampung Devdas di daerah Shahjahanpur, Uttara Pradesh, pada Khamis lalu.

Menurut pihak polis, lelaki itu dikenal pasti sebagai Navneet Shukla menggunakan pistol berlesan bapanya untuk membunuh isterinya, Mangesh.

BACA: Sanggup Tikam Ibu Kerana Tak Masak Kari Ayam

Laporan memberitahu, kejadian tersebut berlaku apabila Shukla yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menyuruh isterinya masak kari telur. Namun isterinya enggan sehingga terjadinya pertengkaran.

Dalam keadaan marah, Shukla keluar rumah dan kembali dengan pistol berpeluru sebelum menembak isterinya. Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Penduduk tempatan bergegas ke rumah mereka selepas mendengar bunyi bising dan mendapati Mangesh terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Dia dibawa ke sebuah hospital berdekatan dengan ambulans, namun wanita itu tidak dapat diselamatkan.

“Mangesh berkahwin dengan Shukla hampir 12 tahun yang lalu dan pasangan itu mempunyai tiga anak. Shukla adalah seorang petani dan mempunyai beberapa ekar tanah di kampung itu, dia tinggal di rumah yang sama dengan ibu bapanya.” kata pegawai balai polis .

Pihak berkuasa berjaya menangkap Shukla pada Jumaat dan didakwa di bawah seksyen 302 (pembunuhan) Kanun Keseksaan India. Dia telah dihantar ke penjara daerah Shahjahanpur.

Macam-macam hal sekarang ni. Hanya disebabkan tidak dapat apa yang diinginkan ada yang sanggup membunuh. Harap tak jadi perkara sebegini di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”