Sekarang ni pergi ke mana saja pasti akan dapat lihat gerai menjual buah durian ditepi jalan. Bukan itu je, dalam media sosial pun dibanjiri dengan gambar buah durian. Maklumlah, sekarang ni musim buah, memang terliur tengok kalau gambar isi buah durian.

Walaupun ada gerai yang menawarkan harga tinggi, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk penggemar raja buah ini untuk menikmati rasa buah yang lemak berkrim ini.

BACA: 6 Kebaikan Buah Durian Yang Ramai Tak Tahu!

Tetapi sebelum membeli, pastikan anda tahu cara untuk pilih buah durian yang elok. Silap pilih, boleh melayang duit. Ada yang beli bukan main mahal tapi isi didalamnya rosak, tawar dan masam. Anda boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh Azlan Noor ini. Memang berkesana dan anda akan puas hati.

“Durian ni berapa sekilo bang?”

Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.

Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.

Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.

‘Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas’

Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.

Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.

Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.

Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.

Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.

10 tips untuk memilih durian

1. Bentuk bulat

Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian

Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi

Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau

Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna

Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim

Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Kata lelaki ini lagi, beli durian yang penting puas hati. Harga mahal pun tidak mengapa asalkan kena dengan harga. Apa pun diharap tips ini boleh diguna pakai untuk pilih durian nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Di China, Musang King Hampir Sama Popular Dengan iPhone X
Harga Musang King Cecah RM800 1Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Midin Dan Gula Apong Di Sarawak