Berita baik buat mereka yang ‘hantu durian’ lebih-lebih lagi peminat ais krim Durian McFlurry, pada 17 Julai nanti anda boleh makan menikmati ais krim kegemaran ramai itu sepuas-puasnya.

Pengumuman dibuat menerusi Facebook McDonald’s dan anda berpeluang untuk menikmati D24 Durian McFlurry pada ‘parti durian runtuh’ tersebut dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja.

BACA: Durian McFlurry Yang Dinanti Ramai Kembali Lagi!

Parti durian runtuh itu akan berlangsung selama 24 jam dan akan dibuat pada dua sesi. Sesi pertama bermula pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Manakala sesi kedua, 5 petang hingga 6 petang. Hanya 20 orang pertama setiap sesi sahaja yang dapat menyertai parti tersebut.

The real durian runtuh party!Make sure you don’t sleep on this exclusive event to enjoy the All-You-Can-Eat D24 Durian…

Posted by McDonald's on Rabu, 11 Julai 2018

Buat peminat durian D24, korang boleh la ajak kawan-kawan ke McDonald’s berdekatan untuk nikmati promosi luar biasa ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?