Beberapa hari lalu, negara kita dikejutkan dengan berita seorang Imam Fadi berasal dari Palestin yang ditembak mati di hadapan kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Imam Fadi ditembak oleh dua orang suspek yang menggunakan sebuah motosikal berkuasa tinggi melepaskan 10 das tembakan, 4 das tembakan kena tepat di kepala dan dada yang menyebabkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA: Ini Fakta Lautan Hindi, Lokasi Hilangnya MH370

Apa yang pasti, ramai yang membuat spekulasi tentang kejadian tersebut. Namun, kerajaan Malaysia mendedahkan, beliau ditembak mati oleh ejen negara asing.

Kami huraikan 5 fakta tentang Imam Fadi dan siapa sebenarnya Imam Palestin yang ditembak itu.

1. Merupakan pensyarah Kejuruteraan Elekritik

Image via Twitter

Seorang penyasarah Universiti Kuala Lumpur dan merupakan seorang pakar kejuruteraan elektrik dalam penghasilan roket.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Imam Fadi juga mempunyai hubungan dengan organisasi perisikan sebuah negara dan telah aktif dalam NGO Islam untuk memperjuangkan Palestin.

2. Kepakarannya menjadi sasaran penjahat

Image via Twitter

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kemanusiaan Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, dia percaya kemahiran Imam Fadi membuat roket adalah punca utama dia dibunuh. Imam Fadi juga pernah memberitahu, dia memilih subjek Elektrik dalam pembuatan roket kerana pentingnya semua itu di bandar beliau iaitu Gaza.

3. Aktif mengumpul dana untuk Palestin

Image via Twitter

Selain aktif memberi ceramah di surau ketika bulan Ramadhan, Imam Fadi juga sering dijemput untuk menjadi imam solat tarawikh. Selain itu, Dr. Fadi juga merupakan seorang bekas penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaya yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam usaha mengumpul dana untuk Palestin.

4. Kematiannya ada kaitan dengan Israel?

Image via Twitter

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh BBC, Hamas menyifatkan Dr Fadi sebagai “martir” – istilah yang biasanya digunakan untuk orang yang dibunuh oleh gerakan Israel.

The Star Online melaporkan Hamas mengatakan bahawa Dr Fadi telah menyumbang kepada pembangunan sektor tenaga Malaysia. Beliau mencipta dan membangunkan beberapa set teknikal dan mineral yang digunakan untuk menjana elektrik.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan seorang jurucakap Hamas telah mengesahkan bahawa Dr Fadi adalah ahli organisasi Hamas.

5. Keluarganya menuduh Mossad dalang pembunuhan tersebut

Image via Twitter

“Kami menuduh Mossad Israel yang membunuh anak kami,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak keluarga Imam Fadi.

Keluarganya bersama pemimpin kanan Jihad Islam, Khaled al-Batash menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk melakukan penyiasatan yang menyeluruh dan cepat ke atas pembunuhan itu dan menangkap mereka yang bertanggungjawab sebelum pembunuh dapat melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?