Sejak kekalahan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihanraya umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu Perdana Menteri yang baharu Tun Mahathir telah mengarahkan agar kertas siasatan keatas 1MDB dibuka semula.

Kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu telah mendapat perhatian meluas dari dalam dan luar negara. Bertindak atas laporan, sepasukan Polis yang di ketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh telah melakukan beberapa serbuan keatas kediaman Datuk Seri Najib.

1. Kronologi

Pada Khamis 17 Mei sepasukan anggota Polis melakukan pencarian di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta. Lebih 10 kenderaan polis termasuk trak dilihat tiba di kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Selepas hampir 24 jam menggeledah di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak, pasukan polis menyambung operasi pencarian di sebuah kondominium mewah milik bekas Perdana Menteri itu di ibu negara.

Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang mengesahkan serbuan itu, turut dilihat bersama pegawai dan anggotanya memunggah sejumlah bagasi dan kotak keluar dari kondominium ke dalam tiga trak polis bermula jam 12.13 tengah malam.

Dalam serbuan itu sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam sebuah unit kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

2. Viral beg Hermes Berkin

Polis merampas kira-kira 150 beg tangan dan kasut dari salah satu kediaman di kondominium Pavilion milik anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,

Turut dirampas sebanyak 35 beg berisi wang tunai dikira oleh anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara. Jumlah keseluruhannya adalah lebih RM100 juta.

Beg duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dalam pemeriksaan ke atas tiga unit kondominium mewah itu.

Antara beg tangan mewah yang dirampas adalah berjenama Hermes Birkin dan Louis Vuitton, manakala wang tunai yang dirampas terdiri daripada pelbagai jenis matawang.

3. Polis ambil masa 36 hari untuk kira kesemua nilai barang rampasan

Kata Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh lagi, Polis mengambil masa 36 hari untuk mengira dan menilai barang rampasan di kediaman dan premis berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, pengiraan dan pemeriksaan mengambil masa lama kerana jumlah barangan yang dirampas adalah banyak dan memerlukan pengesahan pakar.

Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman.

4. Nilai keseluruhan RM900 juta hingga RM1 bilion

Amar Singh berkata, sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis.

Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak:

  • Cincin 2,200 unit
  • Rantai 1,400 unit
  • Gelang tangan 2,100 unit
  • Subang 2,800 unit
  • kerongsang 1,600 unit
  • Tiara 14 unit.

Manakala barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta. Bercakap pada sidang media khas di Bukit Aman, Amar Singh juga berkata, sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel serta Bijan.

Beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga RM1.6 juta. Selain itu, turut dirampas 234 cermin mata hitam seperti Gucci dan Dior kesemuanya bernilai RM374,000.

Katanya, sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama. Beliau berkata, kesemua barang kemas dan wang kini disimpan di Bank Negara.

Pada sidang media 25 Mei lalu, Amir Singh dipetik berkata, 35 daripada 72 beg yang dirampas dari sebuah unit kediaman di Pavillion Residences berkaitan Najib, mengandungi wang ringgit bernilai RM114 juta.

5. Najib nafi barangan dari dana 1MDB

Datuk Seri Najib Razak dalam satu temubual dengan Reuters di Langkawi pada 19 Jun lepas berkata penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman yang dikaitkan dengannya menimbulkan persepsi negatif kepadanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kebanyakan barang yang dirampas itu adalah hadiah yang diberikan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya yang tiada kaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata, menantunya, Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, juga memberi banyak hadiah kepada Rosmah.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan berbilion dolar, sebaliknya mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai wang daripada dana itu yang muncul dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lalu memberitahu Reuters, pihak berkuasa mempunyai ‘kes yang hampir sempurna’ terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Artikal Berkaitan:

“Nilai Rampasan Di Rumah Bekas PM RM1.1 Bilion”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka

Sumber: Berita Harian