Negara kita kaya dengan pelbagai spesis hidupan akuatik samada jenis yang hidup dalam air tawar ataupun air masin.

Pelbagai spesis ikan yang terdapat di Malaysia termasuk ikan yang bersaiz gergasi berjaya ditangkap. Untuk rekod, ada yang mencecah berat sehingga 300kg.

Dan ini kami himpunkan beberapa jenis ikan terbesar yang pernah ditangkap di Malaysia oleh nelayan mahupun kaki pancing.

1. Ikan Patin Buah 150kg berjaya ditangkap

Penduduk di Kampung Tok Sangkut menunjukkan ikan patin buah seberat 150kg yang berjaya ditangkap mereka. Imej dari Sinar Harian

Pada 17 September lepas, telah tular di dada akhbar kisah sekumpulan penduduk kampung di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas Kelantan berjaya menangkap seekor ikan patin buah seberat 150kg.

Tangkapan tersebut dilakukan di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek di sini menggunakan kaedah candik.

Wakilnya, Mohd Ghazali Daud, 62, berkata, mereka mengambil masa lebih satu jam untuk menarik ikan tersebut ke darat.

Katanya, seramai sepuluh orang termasuk dirinya terlibat menangkap ikan patin buah tersebut. Ikan itu kemudiannya dijual dengan harga Rm15 untuk sekilogram, dan 120kg telah dijual pada penduduk kampong, selebihnya mereka membahagikan ikan tersebut kepada rakan-rakanya yang terlibat menangkap ikan patin buah tersebut.

2. Ikan Pari 300kg di perairan Tanjung Batu

Ikan Pari seberat 300kg berjaya ditangkap di perairan Tanjung Batu. Imej dari Harian Metro.

Pada 6 September 2016, seorang Nelayan berusia 64 tahun berjaya menangkap ikan pari gergasi seberat 300 kilogram di perairan Tanjung Batu, Miri Sarawak.

Nelayan, Bihie Ismail,64, berkata, ikan berkenaan ditangkap pada jam 12 tengah hari sebelum berjaya ditarik ke pantai Kampung Bungai dua jam kemudian

Menurutnya, ikan pari itu ditangkap melalui kaedah pukat rawai menggunakan umpan isi ikan. Pukat berkenaan memang untuk menangkap pari, tetapi, dia tidak menyangka akan memperoleh tangkapan sebesar itu.

Katanya,setakat ini, dia sudah memperolehi RM1,000 hasil dari sebahagian jualan ikan berkenaan di pasar Bekenu dan penduduk kampung.

3. Kerapu 168kg dijual dengan harga Rm10,000

Ikan Kerapu gergasi ini dijual dengan harga Rm10,000. Imej dari Harian Metro.

Juga di Miri, pada 18 Mac 2015, Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.

Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.

Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.

4. Ikan Tapah 50kg di Jerantut

Ikan tapah ditangkap Roslan mempunyai kepanjangan sekitar 1.5 meter dengan berat sekitar 50 kilogram. Imej dari Sinar Harian.

Pada 3 April 2017, seorang penduduk Kampung Jerantut Feri digemparkan dengan kemunculan ikan tapah seberat hampir 50 kilogram dan sepanjang 1.5 meter yang ditangkap oleh salah seorang nelayan darat di situ.

Nelayan berkenaan, Roslan Mohamad Napiah, 45, berkata, dia menangkap ikan itu menggunakan sauk besar dikenali sebagai candit.

5. Ikan kap mampu mencapai berat maksimum 300kg

Terdapat banyak jenis ikan kap yang popular di Malaysia seperti Likoh, Kap India dan Kap rumput. Imej dari Sinar Harian.

Kap Siam atau nama umumnya Siamese giant carp, Siamese carp atau giant barb adalah spesies ikan air tawar dan merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia.

Keluarga ikan kap ini juga banyak terdapat di Malaysia seperti, kap rumput, kap kepala besar, likoh dan kap India.

Ikan kap gergasi terbesar di dunia ini tergolong dalam genus Catlocarpio dan keluarga besar Cyprinidae dengan membawa nama saintifik Catlocarpio siamensis.

Menurut Nationalgeographic.com, terdapat bukti bahawa Siamese giant carp ini pernah mencapai saiz 3 meter panjang dan 300 kilogram berat, tetapi hari ini spesimen walaupun separuh saiz sangat jarang berlaku.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥

Sumber: SinarHarian