5 Jenis Buah Termahal Di Dunia
Kalau di Malaysia antara buah yang termahal setakat ini adalah durian Musang King yang mana harganya mencecah ratusan ringgit untuk 1 kilogram.
Begitu juga dengan mangga Harum Manis dari negeri Perlis yang terkenal kerana harganya yang mahal di pasaran. Walaupun harga buah-buahan ini mahal tapi masih ada peminatnya yang tersendiri.
Sebagai contoh bila tiba musim Mangga Harum Manis, boleh dikatakan mendapat permintaan yang tinggi dan laku keras. Penggemarnya sanggup berbelanja demi menikmati kelazatan buah yang tergolong dalam kelas yang tersendiri.
Tahukah anda apakah buah yang termahal di dunia? Kami senaraikan 5 jenis buah yang termahal di dunia.
1. Densuke Black Watermelon
Tembikai hitam Densuke yang mempunyai berat purata sekitar 8 kilogram ini merupakan tembikai yang hanya hidup subur dan terdapat di Hokkaido, utara Jepun.
Tembikai lazimnya dianggap hidangan mewah di Jepun dan selalunya dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan istimewa ketika mengunjungi keluarga atau sahabat baik.
Untuk rekod Sebiji tembikai hitam berjaya ini telah dilelong pada harga 650,000 yen (RM19,877) dalam satu acara lelongan di Jepun, menjadikannya tembikai Densuke paling mahal pernah dijual di negara itu atau mungkin di dunia.
Faktor cucaca akan mempengaruhi rasa pada tembikai ini. Dan di katakan jika cuaca pada ketika musim menanam adalah panas maka ia akan meningkatkan kandungan gula pada tembikai dan rasanya akan lebih manis dan enak.
2. Yubari King Melons
Yubari Melon ini adalah sejenis buah tembikai kacukan yang di tanam dan hanya terdapat di sebuah perkampungan di Yubari, Hokkaido Jepun.
Nama santifik untuk buah yang telah dikacuk ini adalah Cucumis melo. Buah yang dianggap sebagai buah di Raja oleh orang Jepun ini lazimnya dijadikan sebagai hadiah pada musim perayaan.
Buah yang bergred tertinggi terdiri dari bentuk yang bulat sempurna serta mempunyai kulit yang halus. Sebahagian daripada batang yang dipotong dengan gunting akan ditinggalkan di atas sebagai tanda keunggulan dan kualiti segar dari ladang.
Dari buah kampung, kini tembikai Yubari King diiktiraf di peringkat antarabangsa sehingga pernah dilelong pada harga RM74,266 dalam satu acara lelongan.
3. Mangga Taiyo No Tamago
Sepasang mangga yang ditanam di selatan Jepun telah dijual dalam satu acara lelongan dengan harga RM 9,687. Digelar sebagai “Egg of Sun” buah ini mempunyai rasa yang sangat manis.
Mangga yang dijual di bawah label Taiyo no Tamago (Telur Matahari) dipilih mengikut kriteria yang ketat termasuk berat (masing-masing perlu menimbang lebih daripada 350 gram) dan kandungan gula, yang mesti tinggi, menurut Persekutuan Ekonomi Pertanian Miyazaki, di Jepun.
Di ladang lazimnya buah mangga ini sudah dipilih berdasarkan kualiti sejak berada di dahan pokok lagi. Petani akan hanya memungut hasil sekiranya mangga ini telah masak dan gugur dari pokok secara semulajadi.
4. Tembikai Petak
Masih juga dari Jepun. Tembikai petak boleh dianggap mahal untuk sebiji tembikai biasa. Dengan harga mencecah Rm700 sebiji untuk tembikai yang berbentuk petak. Namun masih mendapat permintaan tinggi di Jepun.
Tembikai petak ini pada asalnya hanya untuk memudahkan untuk di simpan dalam peti sejuk dan dapat dipotong dengan lebih mudah. Idea bagi menghasilkan tembikai ini tercetus oleh seorang pereka grafik bernama Tomoyuki Ono pada tahun 1978.
5. Budha Shape Pear
Jangan terkejut dan merasa pelik dengan bentuk buah Pear ini kerana ia sememangnya wujud dan dijual dengan harga mencecah Rm100 untuk sebijik mengikut kesempurnaan bentuk dan kualitinya
Bagi mendapatkan buah yang berbentuk ini satu acuan kaca akan diisi dengan buah yang tidak matang dan diikat di tempatnya dan apabila buah pear ini tumbuh dan membesar mengikut acuan yang terbentuk.
Teknik yang sama diperkenalkan kira-kira 20 tahun yang lalu oleh petani Jepun di pulau Shikoku untuk menanam tembikai “petak” yang dibungkus dalam kotak kaca.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Vitdaily Originals : Dari Daun Nipah Menjadi Otak-Otak
Sumber: Youtube