Jika anda mempunyai berat badan melebihi 62 kilogram, anda layak untuk mendapat pas masuk percuma ke taman tema Tang Paradise di China ini. Tapi wanita yang mahu dapatkan tiket percuma perlu duduk di atas satu penimbang gergasi yang terdapat di pintu masuk.

Bagaimanapun, promosi taman tema itu dikecam pengguna media sosial kerana menganggap tindakan taman tema itu seperti menghina wanita dan memberikan mesej yang salah.

BACA: Dihina Gemuk, Dari 103Kg Kini Berat Hanya 45Kg

Namun, jurucakap syarikat taman tema itu menjelaskan promosi itu adalah untuk menyambut perayaan dinasti Tang yang terkenal kerana menyanjung wanita berbadan besar dan gemuk.

Menurut sumber, ketika zaman maharaja China ada seorang antara empat jelitawan bernama Yang Gulfei yang mempunyai berat badan 62 kilogram.

Promosi itu juga bertujuan untuk memberitahu pelawat wanita bahawa mereka juga secantik Yang Gulfei.

Ada seorang wanita yang datang ke taman tema itu bersama teman lelakinya berkata, dia mahukan badan yang kurus tetapi kali ini dia berharap beratnya melebihi 62 kilogram.

Bagus juga kalau ramai pihak yang ada kesedaran seperti ini. Bentuk fizikal tidak patut dijadikan ukuran untuk menentukan seseorang wanita itu cantik atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tony Roma’s Belanja Kami Makan Malam