Hari ini sudah genap seminggu lebih kita semua menyambut hari raya Aidilfitri. Pelbagai jenis lauk dihidangkan sempena hari lebaran lepas hinggakan rasa rugi jika tidak makan semua makanan.

Jika anda tidak mengawal pengambilan makanan selama seminggu berada di kampung, memang menangis apabila anda menimbang berat badan sekarang.

BACA: Kevin Zahri Kongsi Tips Berkesan Nampak Kurus Dalam Gambar

Kita semua sedar bahawa juadah hari raya kebanyakannya mengandungi santan dan tinggi kolesterol. Justeru itu, kami kongsikan dengan anda lima jenis minuman yang dapat membantu menurunkan kolesterol seterusnya menurunkan berat badan secara sihat.

1. Air halia

Sekadar gambar hiasan

Air halia bukan sahaja bagus untuk menghilangkan angin, tetapi ia juga bagus untuk menurunkan kolesterol yang ada di dalam badan anda. Selain itu, ia membantu proses pencernaan badan anda.

2. Teh hijau

Sekadar gambar hiasan

Kita sedia maklum bahawa teh hijau mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ialah ia dapat mengurangkan kolesterol yang terperangkap dalam badan anda semasa anda sedang gembira makan rendang, lontong dan sebagainya.

3. Air alkali

Sekadar gambar hiasan

Selain itu, air alkali turut menyumbang kepada penurunan kolesterol di dalam badan. Ini kerana air alkali dapat mengimbangkan keasaman cairan tubuh. Malah, anda juga akan berasa lebih segar setelah minum air ini.

4. Jus buah dan sayur

Sekadar gambar hiasan

Jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran sememangnya baik untuk tubuh badan jika tidak ditambah gula. Pelbagai, vitamin, zat serta serat dapat membantu sistem pencernaan anda di samping dapat menyihatkan tubuh badan. Makan buah dan sayur secara mentah atau dibuat air jus untuk hasil yang lebih cepat.

5. Jus buah delima

Sekadar gambar hiasan

Tidak ramai yang tahu buah delima mempunyai banyak khasiat. Biji delima dapat mengurangkan kadar kolesterol seterusnya mengurangkan penumpuan plak kolesterol di dalam badan. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan pengeluaran oksida nitrat yang membantu mengurangkan penumpuan plak kolesterol di dalam pembuluh darah arteri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?