5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Coklat Pink
Jenama Nestle memang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Antara produk jenama itu yang digemari ramai ialah coklat. Antara perisa yang telah diperkenalkan sejak 80 tahun dulu ialah coklat gelap, susu dan juga coklat putih.
Kini, syarikat pembekal dan pengeluar coklat terkemuka antarabangsa, Barry Callebaut mengorak langkah maju ke hadapan dengan mencipta coklat berwarna merah jambu.
BACA: Barista Starbucks Buka Rahsia Cara Order Frappucino
1. Tempoh pembuatan
Syarikat yang beroperasi di Zurich itu memerlukan tempoh selama 13 tahun untuk menghasilkan coklat pink menggunakan biji koko Ruby.
2. Jenis biji koko
Syarikat berkenaan merupakan jenama pertama mengubah bahan asas itu menjadi coklat pink setelah melalui proses yang agak sukar.
3. Lokasi biji koko ditemui
Biji koko Ruby tersebut hanya tumbuh di beberapa negara sahaja contohnya Ecuador, Brazil dan Ivory Coast.
4. Rasa
Dari segi rasa, coklat pink itu dikatakan mempunyai rasa masam manis kerana mengandungi rasa beri semulajadi.
5. Bila berada di pasaran
Coklat pink ini akan berada di pasaran dalam tempoh enam bulan akan datang. Namun, ia telah dipasarkan di Shanghai, China dan mendapat maklum balas yang positif daripada para pelanggan.
Tak sabar rasanya untuk menunggu coklat pink ini masuk ke pasaran Malaysia dan cuba sendiri kenikmatan coklat unik bersama rakan-rakan yang meminati coklat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- MSTAR