Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, kerajaan memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat.

Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan kemudahan tersebut. Ini antara 5 perkara tentang pas bulanan pengankutan awam RM100 yang anda perlu tahu.

BACA: Hanya RM100 Pas Bulanan Tanpa Had Pada Tahun 2019

1. Pas bulanan tersebut hanya untuk perkhidmatan RapidKL

– RM100 pas bulanan tanpa had untuk perkhidmatan rel dan bas RapidKL
– RM50 pas bulanan tanpa had untuk perkhidmatan bas RapidKL

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM100 boleh digunakan di semua perkhidmatan rel Rapid termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Klang.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM50 pula, ia adalah untuk semua bas kendalian Rapid di Lembah Klang, katanya.

2. Pas bulanan berkuatkuasa 1 Januari 2019

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pas bulanan tersebut meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL berkuatkuasa 1 Januari 2019 jam 12.01 pagi. Pengguna boleh mula mendaftar untuk pas bulanan tersebut pada Disember depan.

3. Pas bulanan tersebut untuk tempoh 30 hari

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pas bulanan tersebut adalah untuk sebulan.

“Penggunaan pas perjalanan ialah untuk tempoh 30 hari tidak kiralah bulan itu mempunyai 28 hari atau 31 hari. Ia tidak berasaskan bulan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contoh sekiranya seorang pengguna mula menggunakan pas perjalanan berkenaan pada hari ini (5 November) maka pas berkenaan boleh digunakan sehingga 4 Disember,” katanya kepada Sinar Harian.

4. Hanya untuk rakyat Malaysia, boleh gunakan MyKad sebagai pas bulanan

Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke lagi, penggunaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanyalah untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

5. Boleh mula mendaftar Disember 2018 di semua stesen LRT dan MRT

Menurut Menteri Pengangkutan, kementeriannya berharap dapat melancarkan pas bulanan pengangkutan awam tersebut awal Disember depan. Pas bulanan tersebut boleh didapati di semua stesen LRT dan MRT, dan juga di perhentian bas Shah Alam, Greenwood (Gombak) Sri Nilam (Ampang), dan terminal Kajang, lapor The Star.

6. Tidak boleh diguna pakai untuk perkhidmatan KTM Komuter

Memetik laporan The Star, Anthony Loke memberitahu, pas bulanan itu tidak termasuk untuk perkhidmatan KTM Komuter kerana kos yang berbeza dan sistem tiket juga berbeza. Bagaimanapun, kerajaan mempunyai perancangan untuk menurunkan kos perkhidmatan KTM Komuter yang akan diumumkan kemudian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥