Lazimnya pada zaman kini semua orang inginkan makanan atau minuman yang sedap tetapi cepat untuk disediakan kerana kesibukan masa dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada setiap hari. Jadi pelbagai minuman 3 in 1 direka untuk memenuhi setiap kehendak orang ramai.

BACA: Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz

Minuman 3 in 1 seringkali dipromosikan dengan macam-macam kebaikan yang dikatakan bermanfaat untuk kesihatan peminumnya seperti memberi tenaga yang lebih bahkan mempunyai khasiat semulajadi kerana bahan tambahan seperti kicap fatimah, tongkat ali dan herba-herba yang lain.

Kami kongsikan lima perkara utama mengapa anda patut kurangkan pengambilan minuman 3 in 1 untuk seharian.

1. Kandungan gula adalah tinggi dalam minuman 3 in 1 iaitu lebih daripada 3 sudu teh dalam setiap sajian.

2. Penggunaan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan saluran arteri darah tersumbat.

SONY DSC

3. Kandungan gula yang tinggi dan ada yang melebihi 200 kalori bersamaan dua keping roti ataupun sepinggan nasi.

4. Bahan kimia yang mengantikan rasa asli adalah berbahaya apabila diambil lebih daripada satu sajian untuk setiap hari.

5. Bagi kopi 3 in 1 pula mengandungi kandungan kafein yang boleh menyebabkan rasa berdebar dan sukar untuk tidur malam.

Video: Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah! 😵 😵 😱 😱