Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Ada yang masih bertungkus lumus menyiapkan kerja sebelum cuti panjang, ada yang sudah mengambil cuti sejak semalam malah ada yang masih mencari baju raya di saat-saat akhir kerana terlalu sibuk bekerja sebelum ini.

BACA: 7 Lokasi Popular ‘Shopping’ Baju Raya

Kepada anda yang ingin berjimat semasa membuat persiapan raya, anda boleh mengikut tips-tips yang bakal kami kongsikan ini. Mana tahu sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kos asal bahkan dapat menyimpan duit jika ada kecemasan yang tak dapat dielakkan semasa beraya nanti.

1. Buat persediaan awal

Sumber dari sinarharian.com.my

Anda boleh mula buat persediaan raya dengan lebih awal seperti membeli kain dan hantar kepada tukang jahit beberapa bulan sebelum raya. Malah, anda juga boleh membeli barang untuk persiapan raya sedikit demi sedikit tiap bulan jadi anda boleh mengawal perbelanjaan dengan cermat.

2. Membeli ketika ada ‘sale’

Sumber dari astroawani.com

Tidak semua barangan sale tidak berkualiti walaupun ia dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga asal. Ia mungkin hanyalah stok lama tetapi masih cantik dan yang penting ianya baju baru dan berkualiti seperti baju-baju lain yang mahal.

3. Asingkan duit untuk ditukar lebih awal

Sumber dari carigold.com

Jika ingin menukar duit untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak yang datang beraya, anda boleh menyimpan tiga bulan sebelum dengan menyimpan sebanyak RM 100 sebulan. Tidaklah rasa duit terlalu banyak dihabiskan untuk beraya pada tahun ini.

4. Buat kuih raya sendiri

Sumber dari kosmo.com.my

Tidak dinafikan harga kuih raya semakin mahal ekoran kenaikan harga bahan mentah. Anda boleh berjimat dengan membuat kuih raya sendiri. Siap ada lebih boleh buat simpanan untuk keluarga atau jual kepada rakan-rakan.

5. Kurangkan pembaziran

Sumber dari haslizalizz.com

Jika ada kasut atau baju yang masih elok dipakai, anda boleh memakainya lagi untuk raya kali ini. Tidak semestinya baju raya harus ditukar pada setiap tahun. Bahkan, ada juga yang suka membeli baju raya sehingga 10 pasang. Sepasang juga sudah memadai memandangkan baju raya tahun lepas masih elok dipakai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share!