Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) pada 1 Jun lalu.

Cukai tersebut akan digantikan kembali kepada sistem konsumer versi lama iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijangka akan berkuat kuasa pada 1 September nanti.

BACA: GST Bukan Punca Rakyat Malaysia Sakit Mental

Buat masa ini, tiada sebarang cukai dikenakan dan inilah masa yang sesuai untuk anda beli apa yang patut. Kami senaraikan 9 perkara anda perlu buat dalam masa 3 bulan ini.

1. Beli kereta sebab memang murah habis

Banyak syarikat menyemak semula harga kereta yang dijual dan pengguna kini boleh jimat hampir ribuan ringgit berbanding sebelum ini.

2. Makan di restoran yang anda teringin nak cuba

Masa ini la paling terbaik untuk makan di restoran yang anda idamkan. Mana tidaknya, sebab tiada GST dan SST. So bayar harga makanan je.

3. Tonton filem terbaru di panggung wayang

Harga tiket wayang sekarang ni lebih murah sebab tiada GST dan SST pula hanya akan diguna pakai dalam masa 3 bulan lagi.

4. Beli telefon baru

Ni mesti ramai yang suka. Boleh dikatakan ramai yang merancang untuk membeli telefon baru selepas GST dikurangkan. Masa ni ramai nak beli iPhone.

5. Tambah stok produk di farmasi yang anda perlukan

Sejak GST dikurangkan kepada sifar, farmasi juga turut menyemak semula harga barangan mereka. Masa ni nak beli stok banyak-banyak untuk masa akan datang.

6. Beli rumah & hartanah

Ketua KPMG (Utara), Datuk Ooi Kok Seng berkata, kemungkinan untuk harga jualan hartanah kediaman baru akan diturunkan berikutan kos pembinaan yang lebih rendah.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)