Mekah dan Madinah adalah dua tanah suci bagi umat Islam dan juga terletaknya antara dua masjid utama iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

BACA: Negeri Perak Pernah Sambut Raya Awal Sehari?

Gambar: @k_amin (Twitter & Instagram)

Dua kota ini juga menjadi titik tolak utama dalam sejarah Islam apabila Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan tujuan untuk menyebarkan ajaran Islam.

Gambar: @k_amin (Twitter & Instagram)

Saban tahun umat Islam akan memenuhi dua kota ini bagi menunaikan ibadah haji ketika bulan Zulhijjah dan sepanjang tahun bagi menunaikan ibadah umrah.

Gambar: @k_amin (Twitter & Instagram)

Seorang anak muda, Khairul Amin (@k_amin) yang telah menunaikan ibadah umrah sempat merakamkan gambar suasana di sana dengan style street photography.

Gambar: @k_amin (Twitter & Instagram)

Sepanjang di sana dia hanya menggunakan iPhone 6 untuk merakamkan gambar dan mengeditnya melalui aplikasi VSCO untuk menambahkan lagi mood gambar.

Gambar: @k_amin (Twitter & Instagram)

Berkongsi pengalaman dan hasil seninya di akaun Twitter dan Instagram, koleksi gambar ini telah mendapat perhatian daripada pengguna yang lain kerana setiap gambar yang dirakamkan seolah bercerita tentang keadaan di sana.

Bagi Amin, ketika di Mekah dan Madinah semua orang adalah sama kerana masing-masing datang ke sana dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Secara peribadi apabila melihat gambar yang telah diambilnya membuatkan rasa untuk ke tanah suci Mekah dan Madinah membuak-buak dan dapat merasakan ketenangan sepanjang berada di sana.

Kami kongsikan juga beberapa gambar lain yang telah dirakam oleh anak muda yang berbakat besar ini.

VIDEO: Vitdaily Terjah Port Dickson

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram