Tinggal seminggu lebih sahaja lagi sebelum Ramadan meninggalkan kita. Pasti ramai sudah mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Ada juga yang sudah mula memikirkan juadah apa sesuai dijamah pada pagi raya nanti.

BACA: Lemang Periuk Kera Dapat Sambutan Hangat

Berikut merupakan juadah popular yang wajib ada pada pagi raya. Tidak lengkap beraya jika tiada makanan-makanan tradisional masyarakat Melayu ini.

1. Lemang

Sumber dari topsy.one

Anda akan tahu raya sudah mulai hampir jika ramai orang membakar lemang di tepi-tepi jalan untuk dijual sehingga tibanya hari raya.

2. Rendang

Sumber dari hariharimasakmakan.blogspot.my

Biasanya malam raya para ibu dan isteri sibuk menyiapkan rendang penuh satu kuali untuk keluarga tersayang. Rendang merupakan menu wajib malah dianggap sebagai ‘simbol’ hari raya bagi sesetengah orang.

3. Lontong

Sumber dari lindalatip.com

Kepada sesiapa yang gemarkan kuah lemak, anda pasti sukakan lontong yang pekat, letak sambal tumis sikit kemudian makan dengan nasi impit. Memang mengancam!

4. Kuah kacang

Sumber dari iresipi.com

Selain boleh dimakan dengan sate dan cucur udang, kuah kacang juga enak dimakan bersama nasi impit di pagi raya. Boleh mengimbau kenangan silam dibuatnya.

5. Ketupat daun palas

Sumber dari nasilemaklover.blogspot.my

Selalunya ketupat daun palas mengambil masa agak lama sedikit kerana perlu menganyam daun palas sebelum memasukkan beras pulut ke dalamnya. Tetapi, jika anda sudah mahir menganyam setelah belajar dari ibu atau nenek pastinya ia lebih cepat siap.

6. Nasi impit

Sumber dari flickr.com

Nasi impit merupakan juadah penting kerana ia boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan berkuah seperti lontong, kuah kacang, rendang dan banyak lagi.

7. Kuih raya

Sumber dari nirzan.wordpress.com

Apabila beraya ke rumah sanak-saudara, anda pasti akan dijamu oleh tuan rumah dengan pelbagai jenis kuih raya yang ada. Maka, kuih raya juga wajib ada pada pagi raya untuk tetamu yang bakal berkunjung ke rumah anda.

Tak sabar rasanya untuk menyambut hari raya Aidilfitri sejak radio mula mainkan lagu hari raya. Jangan lupa lengkapkan segala persiapan raya sebelum pulang ke kampung halaman.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Buka Puasa : Suriani Nasi Kukus