7 Makanan Panggung Wayang Dari Negara Berbeza
Biasanya kita akan makan popcorn atau bertih jagung, air berkarbonat snek makanan lain ketika menonton wayang.
Menu makanan untuk panggung wayang sebenarnya berbeza dan menarik jika anda melawat beberapa negara seperti dalam senarai di bawah ini.
BACA: Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia
1. Finland
Panggung wayang di negara Finland paling menarik pada pendapat kami kerana mereka menjual pelbagai jenis jelly untuk dimakan semasa menonton wayang nanti.
2. Mexico
Sementara itu, di Mexico pula terdapat satu keropok dikenali sebagai Tostilocos dijual di panggung wayang dan stadium negara itu. Makanan itu terdiri daripada nachos, sos cili, timun, Jicama, jeruk dan kacang. Menyelerakan betul tengok!
3. Greece
Di Greece pula, makan Souvlaki atau lebih mudah dikenali sebagai beef skewer sambil menontan wayang dianggap normal kerana terdapat menu hidangan ini di panggung wayang negara tersebut.
4. India
Selain itu, Samosa dijual di panggung wayang di India kerana Samosa dianggap snek ringan biasa di sana.
5. Colombia
Makanan panggung wayang paling ekstrem sekali ada di negara Colombia kerana mereka menjual semut bakar atau lebih dikenali sebagai Hormiga Culona.
6. China
Berbeza di China, mereka lebih gemar makan makanan ringan seperti kuaci, asam dan sotong kering ketika menonton wayang.
7. Taiwan
Walau bagaimanapun, snek paling digemari ramai ada dijual di panggung wayang Taiwan kerana mereka ada menjual popcorn ayam. Bayangkan sebelum mula cerita mesti dah habis makan sebab sedap sangat.
Memang menarik jika kita dapat mengalami pengalaman berbeza jika melancong ke luar negara dan dapat mencuba makanan tradisi mereka yang jarang ada di negara kita.
ARTIKEL BERKAITAN:
3 Makanan Korea Anda Boleh Masak Sendiri
7 Jenis Makanan Terbaik Dunia Mengikut CNN
9 Jenis Makanan Paling Berbahaya Di Dunia
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah
- SUMBER
- IDN TIMES