Nampaknya Pizza Hut mengorak langkah maju ke hadapan dengan melancarkan satu cawangan yang menggunakan konsep digital di Sunway Pyramid pada lima hari lepas. Malah, ia juga dikatakan menggunakan robot di cawangan tersebut. Betul ke?

BACA: Restoran Piza Robot Pertama Di Pakistan

Robot yang dimaksudkan akan menyambut anda jika berkunjung ke restoran berkenaan. Dua robot bernama Sandy dan Sally bertindak sebagai penyambut tetamu akan berada di hadapan pintu masuk restoran. Canggihnya!

Untuk pengetahuan anda, Pizza Hut Sunway Pyramid merupakan restoran digital pertama di negara ini.

Selain itu, mereka turut memperkenalkan aplikasi mudah alih untuk anda memesan piza menggunakan aplikasi tersebut.

Bagi yang ingin membeli piza secara take away, restoran itu menyediakan tiga Kios Bawa Pulang secara digital. Anda boleh memesan dan memilih piza mengikut citarasa tanpa perlu beratur panjang lagi.

Anda boleh membuat pesanan dengan lebih cepat menggunakan kios-kios tersebut seterusnya dapat mengurangkan masa menunggu piza siap.

Memang agak mudah untuk menggunakan Kios Bawa Pulang atau Take Away Kiosk kerana sistem digunakan kelihatan agak user friendly.

Nampaknya dari mula melangkah masuk ke restoran ini hingga membuat pesanan makanan semuanya terletak di hujung jari anda sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pizza Unicorn Pulak Sekarang
Luluh Hati Tengok Piza Tanpa Keju & Sos Ini
Dari Stereng Lock, Boleh Jadi Promosi Domino’s Pizza

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

APA RASA NASI PAKU & KENAPA NAMA DIA PAKU?