Pelbagai perkara perlu dititikberatkan sebelum kita pergi mengerjakan umrah terutama kepada mereka yang pertama kali mahu menunaikan ibadah tersebut.

Terdapat 7 tips mengerjakan umrah buat anda yang sedang merancang untuk pertama kali ke sana tidak lama lagi.

BACA: Senangkan Jemaah Malaysia, Portal GoUmrah Diperkenalkan

Gambar sekadar hiasan

1. Niat

Niat haruslah betul dan anda digalakkan supaya niat dengan ikhlas iaitu ingin beribadat kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa supaya Allah memudahkan urusan anda yang mahu menunaikan umrah.

2. Ilmu

Sebelum mengerjakan umrah, seelok-eloknya anda mempersiapkan diri dengan ilmu agar dapat melaksanakan amal ibadat dengan betul dan sempurna.

3. Solat sunat jenazah

Tidak rugi anda belajar bagaimana cara-cara untuk solat sunat jenazah kerana besar ganjarannya jika anda berpeluang mengerjakan solat sunat jenazah di Tanah Suci semasa berada di sana.

4. Suntikan imunisasi

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, jemaah umrah dan haji diwajibkan mengambil suntikan imunisasi untuk mengelakkan diri anda daripada terkena penyakit dan menyebar penyakit ketika pulang ke tanah air.

5. Pasport & visa

Perkara paling penting yang anda harus sediakan dengan lebih awal ialah pasport dan visa bagi memudahkan perjalanan anda.

6. Bagasi

Selain pasport, anda juga harus membuat senarai semak barang keperluan yang harus dibawa. Beg juga harus ditanda supaya anda mudah untuk mengenalpasti beg kepunyaan anda dan mengelakkan ia daripada tertukar dengan orang lain.

7. Kesihatan

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit semasa berada di sana. Rugi la jika kita jatuh sakit dan tak sempat beribadat walaupun sudah berada di Tanah Suci.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati semasa beribadah dan berwaspada dengan golongan yang mengambil kesempatan kepada jemaah lain dengan membuat gangguan seksual semasa tawaf.

Seorang pengguna laman sosial Twitter, @aqilahnaqlis menceritakan pengalamannya yang pernah diserang secara seksual semasa menunaikan umrah.

Semoga kita semua berada di bawah lindunganNya dan jauh daripada perkara yang tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN:
Simpan Duit 3 Tahun Demi Bawa 27 Pekerja Tunai Umrah
Empat Pintu Akses Ke Dataran Kaabah Senangkan Jemaah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?