7 Tips Mudah Buat Open House Raya Ini
Budaya rumah terbuka atau open house sememangnya telah menjadi satu kelaziman dalam masyarakat Melayu sepanjang bulan Syawal ini dan boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada sahaja jemputan ke open house dan pastinya anda juga ingin mengadakan open house di rumah anda sendiri.
BACA: 5 Tips Makan Kuih Raya Oleh Kevin Zahri
Oleh itu kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda pertimbangkan sekiranya anda ingin mengadakan open house pada tahun ini.
1. Agak-agak berapa orang tetamu
Perkara pertama yang anda perlu fikirkan adalah jumlah tetamu nak dijemput. Bukan apa jika terlalu ramai nanti mungkin timbul kesulitan daripada segi jumlah makanan dan juga ruang, kecualilah anda menyewa dewan untuk majlis open house anda.
Kami sarankan anda utamakan jemputan daripada saudara mara, jiran tetangga, rakan sekerja dan juga rakan sewaktu anda belajar dahulu. Cumanya tak perlulah sampai buat FB events.
2. Rancang menu sajian
Perkara ini juga penting kerana apalah ertinya open house tanpa makanan kan. Sebaiknya anda pilih satu menu main dish seperti nasi minyak/nasi bukhari/nasi hujan panas atau menu-menu lain.
Selain itu anda boleh sertakan sajian sampingan seperti pasta, kuih muih, lemang ketupat. Jangan lupa buah-buahan juga sebagai pelengkap.
3. Bajet kewangan
Membuat open house tak semestinya ada perlu berhabisan segalanya. Di sini perancangan anda perlu bijak supaya tidak membazir sama ada dari segi duit dan makanan.
Pada kami apa yang penting adalah niat ikhlas tuan rumah untuk menjamu tetamu dan juga mengeratkan ikatan silaturahim.
4. Fikirkan ruang
Masalah ruang juga sering peningkan anda sebagai tuan rumah. Pasti anda mahu tetamu berasa selesa apabila di open house anda. Oleh itu kami cadangkan anda lapangkan ruang tamu dan juga garaj kereta supaya boleh diletakkan kerusi dan meja makan jika perlu.
Jika anda menjemput tetamu yang ramai mungkin juga perlu menempah khemah makanan dan usah lupa sediakan lebih daripada satu meja buffet supaya tetamu tidak beratur lama mengambil makanan.
5. Melayan tetamu usah dilupakan
Sebagai tuan rumah pastinya anda akan kesibukan menguruskan pelbagai hal namun usah lupa ambil peluang yang ada untuk berbual dan bertegur sapa dengan tetamu yang datang.
Perkara ini akan membuatkan para tetamu anda berasa dihargai dan barulah kena dengan konsep open house yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim.
6. Masak sendiri atau tempah catering?
Mungkin jika anda menjemput tetamu yang tidak terlalu ramai wajarlah anda memasak hidangan itu sendiri namun jika bilangan tetamu seolah2 kenduri perkahwinan kami cadangkan anda menempah makanan daripada caterer supaya anda tidak terlalu penat dan serabut.
7. Pilih tarikh dan waktu yang sesuai
Perkara tarikh dan waktu jamuan bermula usah dilupakan dan kebiasaannya hujung minggu adalah tarikh yg sesuai kerana anda dan tetamu tidak berasa rushing sepanjang open house berlangsung.
Syawal kan sebulan jadi usahlah tumpukan pada satu tarikh sahaja, mungkin anda boleh pilih pertengahan atau akhir syawal. Selain itu rancang masa jamuan bermula sama ada untuk makan tengahari ataupun makan malam.