Satu kelainan telah ditonjolkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila menghasilkan satu video alunan takbir raya yang mempunyai terjemahan bahasa isyarat bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

BACA: Kevin Zahri Kongsi Tips Berkesan Nampak Kurus Dalam Gambar

Video tersebut dihasilkan dengan tujuan untuk berkongsi kegembiraan dan keterujaan menyambut hari kemenangan masyarakat Muslim yang kelainan upaya pendengaran.

Rakaman video takbir raya itu telah disertai oleh Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad dan dimeriahkan dengan 30 orang staf USIM, Yayasan FAQEH, Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan, Persatuaan Orang Pekak Islam Malaysia dan Daie Pekak.

Pegawai Pusat Komunikasi Strategik USIM, Mohd Zaini Othman memberitahu Bernama, video ini juga menjadi salah satu medium pendekatan dakwah yang mesra untuk semua lapisan masyarakat.

Alunan takbir tersebut telah dipimpin oleh pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Dr Anuar Hasin dan juga merupakan johan qari Tilawah al-Quran Negeri Perak 2017.

VIDEO: VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram