8 Jenis Rendang ‘Terpelik’ Yang Ramai Tak Tahu
Setiap kali Hari Raya, menu wajib yang perlu ada pada pagi Syawal semestinya Rendang. Tak sah rasanya kalau tak ada rendang untuk dimakan bersama lemang, nasi impit dan ketupat.
Selalunya ayam, daging dan kerang sangat sinonim dengan masakan rendang. Tapi sebenarnya ada beberapa hidangan rendang lain yang mungkin dianggap pelik dan anda tak sangka ianya wujud.
BACA: Giliran IKEA Perkenal Menu Rendang Ayam ‘Crispy’
1. Rendang Telur
Adakah ianya sama seperti rendang biasa cuma ianya berasaskan telur? Tidak sama sekali. Sebenarnya rendang telur merupakan kompinasi telur dan tepung ubi kayu yang diuli menjadi doh sebelum digoreng garing menjadi kerepek kemudian, barulah ia dibuat masakan rendang.
2. Rendang Paku Pakis
Rendang ini merupakan masakan berasal dari Indonesia dan digelar digelar “Rendang Vagetarian” kerana berasaskan ulam paku-pakis. Rendang ini akan di masak sehingga kering sebelum ianya boleh dimakan.
3. Rendang Belut
Siapa yang suka makan ikan keli atau belut, patut cuba Rendang Belut ini. Hidangan ini cuma berasaskan isi ikan hancur yang dibersihkan tanpa tulang. Siapa yang suka sangat ikan, boleh je buat masak rendang.
4. Rendang Maco
Maco menurut kamus Indonesia adalah sejenis ikan masin yang kemudian di masak menjadi rendang. Selalunya ikan masin kita buat goreng je. Tak pernah terfikir pula untuk dimasak rendang.
5. Rendang Jering
Siapa yang suka makan ulamg seperti petai atau jering, boleh je cari resepi Rendang Jering ni. Lagi-lagi kalau atuk, nenek yang suka makan ulam. Memamg bertambah-tambah makan.
6. Rendang Jantung Pisang
Tak sangka jantung pisang pun boleh dimasak rendang. Biasanya rendang ini akan dimasak basah atau berkuah. Rasanya lebih enak jika dijamah dengan nasi.
7. Rendang Pucuk Ubi Serunding
Siapa yang suka serunding, korang patut cuba hidangan ini. Memang sedap bila dapat ratah cebisan daging halus yang kaya dengan rempah rendang. Lagi sedap kalau ditambah bersama pucuk ubi.
8. Rendang Siput
Rasanya orang pendalaman memang makan siput babi ini. Lebih-lebih lagi belah Indonesia, Sabah dan Sarawak. Kata orang tekstur dagingnya rasa seperti ayam tetapi sedikit kenyal. Petua untuk masak rendang siput ini, perlu direbus dagingnya sehingga satu jam sebelum dibuat rendang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?
- SUMBER
- Wanista