Setiap kali menjelang Aidilfitri sudah menjadi kemestian untuk menghidangkan biskut raya buat para tetamu. Biskut raya apa yang menjadi pilihan anda tahun ini? Kuih raya tradisional atau pun moden?

Pasti anda tertanya-tanya biskut raya apa yang paling popular dan menjadi pilihan ramai tahun ini?

BACA: Tak Perlu Oven, Cheese Tart Masak Dalam Kuali Viral

Menurut Pengurus Huzaifah Cookies Cawangan Bayam, walaupun terdapat pelbagai jenis biskut raya moden di pasaran, namun permintaan terhadap tart nanas gulung mengatasi permintaan biskut lain.

Walaupun terdapat lebih 40 jenis biskut yang ditawarkan termasuk tart nanas cheese, tart nanas samperit, tetapi masih tidak mampu mengalahkan permintaan terhadap tart nanas gulung.

Bagi pengusaha Syadian Bakery and Cookies pula, mereka mengakui permintaan tinggi terhadap tart nanas gulung dan pernah mendapat tempahan sehingga mencecah 12,000 biji dalam masa tiga hari tempahan dibuka berbanding biskut lain.

Kulit kuih yang lembut, gebu serta cair dalam mulut dan inti manis buah nanas menjadikan ia antara biskut yang menjadi kegemaran setiap kali sambutan Aidilfitri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?