9 Jenis Makanan Paling Berbahaya Di Dunia

Terlalu banyak makanan pelik dan orang ramai semakin berani untuk mencuba makanan eksotik tanpa mengira kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Tidak semua makanan eksotik bahaya untuk dimakan, namun beberapa makanan eksotik mampu meragut nyawa anda jika ia dihidangkan dalam keadaan tidak elok.
BACA: “Tak Berani Jual Ikan Buntal, Ada Yang Mati”
1. Ikan buntal

Sumber dari smeaker.com
Seperti kita semua sedia maklum, ikan buntal atau juga dikenali sebagai ikan kristal ini mempunyai racun tetrodotoxin. Racun ini mampu membunuh anda dengan perlahan-perlahan dan menyeksakan jika ia tidak dibuang dengan betul. Hanya chef berkemahiran tinggi di Jepun sahaja mampu membuang semua racun di badan ikan ini serta membolehkan anda makan dengan selamat.
2. Katak raksasa Afrika

Sumber dari pinterest.com
Katak raksasa Afrika biasanya dijadikan sebagai hidangan istimewa untuk acara tahunan di negara Kenya. Jika katak ini disalah potong, ia mampu mengeluarkan racun berbahaya kepada manusia. Walaupun begitu, katak ini masih menjadi kegemaran rakyat negara tersebut untuk dimakan.
3. Casu Marzu

Sumber dari newsbeast.gr
Casu Marzu bermaksud keju busuk atau keju berulat ini menjadi pilihan orang ramai kerana kesedapannya. Keju ini diperbuat daripada larva lalat keju yang bertelur di dalam keju seterusnya menjadikan ia berbeza dari keju yang biasa kita makan dan lihat. Awas, anda mungkin akan mengalami sakit perut, muntah serta cirit-birit jika anda memakan keju berulat ini.
4. Kerang darah

Sumber dari gq-magazine.co.uk
Kerang tidak boleh dimakan secara mentah kerana ia boleh mengundang penyakit berbahaya seperti hepatitis A, hepatitis E, typhoid, serta disentri. Pastikan kerang direbus sehingga masak barulah dimakan jika anda tidak mahu terkena penyakit berbahaya.
5. Sannakji

Sumber dari kitterypta.org
Sannakji atau sotong yang dimakan secara mentah merupakan hidangan berasal dari Korea. Walaupun sudah dipotong, otot-otot badan sotong masih bergerak aktif semasa dihidang kepada pelanggan. Hati-hati ketika memakannya kerana ia boleh menyebabkan anda tercekik akibat pergerakan otot yang masih aktif ketika dimakan.
6. Ackee

Sumber dari globeholidays.net
Ackee merupakan buah kebangsaan negara Jamaica yang boleh membahayakan kesihatan. Jika bijinya sudah berubah warna menjadi kehitaman, itu menandakan buah itu beracun dan boleh membuatkan anda pening dan muntah kerana ia mengandungi racun.
7. Hakarl

Sumber dari tripadvisor.com
Hakarl merupakan hidangan ikan Giu Greenland yang telah diperam di bawah batu selama beberapa minggu sebelum digantung selama tiga bulan. Ini bagi memastikan racun yang terdapat di dalam ikan tersebut dapat dihilangkan sebelum dihidang menjadi makanan. Hakarl juga mengeluarkan bau ammonia yang sangat kuat jadi anda kena bersiap sedia menutup hidung sebelum memakannya.
8. Echizen kurage

Sumber dari volunteersmagazine.com
Obor-obor Jepun ini merupakan hidangan istimewa di negara tersebut. Walaupun ia menjadi hidangan istimewa, ia juga memberi kesan yang buruk kepada kesihatan jika anda kerap memakannya.
9. Fesikh

Sumber dari egyptianstreets.com
Makanan berasal dari Mesir ini harus disediakan sekurang-kurangnya satu tahun lebih awal iaitu dengan memerap ikan dengan garam selama setahun. Ia bagi mengelakkan ikan ini dijangkiti bakteria seterusnya menjadikan ia beracun untuk dimakan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Hmm…. Sedap Ke Tak Ana Ikan Bakar Petai?
- SUMBER
- IDN TIMES