Wahai Wanita, Waspada Dengan Panggilan Doktor Gatal Ini
Kaum hawa di luar sana dinasihati agar tidak terpedaya dengan panggilan seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor untuk mengadakan sesi pemeriksaan payu dara dan alat kelamin.
BACA: Ini Rahsia Lelaki Jepun Hidup 105 Tahun
Jabatan Kesihatan Terengganu menerima laporan terdapat individu yang menyamar sebagai doktor bagi memenuhi nafsu haiwannya.
Menggunakan nama Dr. Haji Abu Bakar, lelaki tersebut berjaya memperdayakan kakitangan klinik kesihatan di Besut bagi mendapatkan butiran peribadi pesakit.
Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Mohamad Omar berkata, seramai tiga wanita di daerah Besut menerima panggilan ‘doktor’terbabit sehingga 15 Julai lalu.
“Mangsa terpedaya kerana doktor palsu tersebut memiliki segala maklumat peribadi sekaligus mereka mengikut arahannya tanpa syak wasangka,” katanya, semalam dalam satu sidang media.
Bagaimanapun, setelah laporan polis dibuat, siasatan mendapati nombor telefon yang digunakan ‘doktor’ tersebut sudah tidak diaktifkan.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram
Jangan Telan Air Liur Tengok Video Ini
- SUMBER
- Harian Metro