Selepas MRT (Mass Rapid Transit) dikunjungi patung Annabelle, kini timbul pula dakwaan terdapat imej berbungkus menyerupai hantu ‘pocong’ dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT), Cheras baru-baru ini.

BACA: Annabelle Merayu Di MRT?

Imej tersebut – yang menular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp hari ini – jelas kelihatan adanya satu objek berwarna putih sedang berdiri sambil dibalut dengan kain putih dalam satu sudut di stesen terbabit.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, imej tersebut disedari pegawai yang bertugas di bilik kawalan namun tarikh dan maklumat terperinci kejadian tersebut tidak dinyatakan.

Bagi yang berasa seram atau terkesan dengan penyebaran gambar tersebut dinasihatkan agar tidak terpengaruh ekoran masih tiada bukti yang sahih bagi mengesahkan imej tersebut benar-benar tulen.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pintu Suka Hati Memang Wujud?