Baru-baru ini seorang pengguna Facebook menjadi tular apabila berkongsikan videonya sedang memakan daging bakar di Danok, Thailand. Sememangnya di Danok, hidangan daging bakar antara yang popular di sana dan menjadi kegemaran ramai.

Bagaimanapun, perkongsian wanita itu dikecam oleh netizen kerana dituduh memakan daging kinzir. Susulan kecaman tersebut, wanita itu memuat naik status untuk menjelaskan perkara sebenar.

BACA: Makan Ayam Tapi Mengaku Babi

Tiga lapisan pada daging ini dilihat seakan daging babi

Walaupun, wanita itu sudah pun menerangkan perkara yang sebenar dan yakin bahawa daging bakar yang dimakan itu bukanlah daging babi seperti yang didakwa, netizen tetap mempertahankan bahawa daging tersebut adalah daging babi. Bukan itu saja, rata-rata komen daripada netizen non-muslim juga sangat yakin mengatakan ianya daging babi dan selalu memakan daging tersebut.

Namun ada segelintir netizen yang arif mengenai bahagian-bahagian lembu mengatakan wanita itu memakan daging lembu dan bukannya daging babi seperti ya ng dituduh. Bahagian daging yang dikatakan menyerupai daging babi itu dipanggil daging ‘harimau menangis’ dan ramai yang tidak tahu mengenainya.

Rata-rata netizen cuba menasihati wanita tersebut dan umat Islam yang lain supaya lebih berhati-hati jika memilih makan lebih-lebih lagi makanan yang dijual di negara lain.

Mungkin netizen bukan berniat mahu mengecam tetapi lebih kepada memberi peringatan dan hanya mengambil berat mengenai isu makanan halal dan haram buat umat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Memang Betul Pulau Babi
Dim Sum Babi Tak Laku, Orang Islam Disalahkan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak