Nasi merupakan sumber karbohidrat yang paling utama bagi penduduk asia. Maka tidak hairanlah jika nasi merupakan makanan utama dalam piramid makanan penduduk asia.

Bagi memperoleh nasi yang enak dan kaya dengan khasiat karbohidrat sudah semestinya datang dari beras yang terbaik dan berkualiti.

Untuk mendapatkan beras yang berkualiti beberapa faktor penting perlu diambil kira seperti sinaran matahari yang baik, taburan hujan yang cukup serta sifat kimia tanah yang subur.

Di Malaysia padi sawah banyak di tanam di bahagian Pantai Barat Semenanjung terutama di bahagian Utara tanah air. Walaupun negara kita merupakan salah satu negara pengeluar beras namun kita juga mengimport beras dari negara luar.

Tahukah anda beras Jasmine Thailand merupakan beras yang terbaik di dunia?

Beras Jasmine Thailand dianugerah sebagai beras terbaik dunia dua kali berturut-turut

Dalam satu acara tahunan kali ke 9 Persidangan Beras Dunia yang berlansung pada November 2017 di Filipina sebagai tuan rumah, satu pertandingan beras terbaik dunia telah diadakan bagi mencari beras terbaik dunia.

Pertandingan itu menyaksikan 7 buah negara sebagai pengeluar beras dunia seperti Amerika, Cambodia, Thailand, Vietnam, Pakistan, Sri Lanka dan juga vietnam telah mempamirkan 21 jenis beras terbaik mereka.

Namun pihak juri telah sepakat memilih beras Hom Mali atau beras Jasmine Thailand sebagai pemenang manakala beras dari Kemboja dan Vietnam di tempat kedua dan ketiga.

Malah, beras wangi jenama itu telah memenangi pertandingan yang sama sebanyak lima kali sejak tahun 2009 dan menewaskan beras dari negara Kemboja dan Vietnam, lapor Agensi Berita Thailand.

Makan beras berkualiti jamin kesihatan keluarga

Di Malaysia, nasi dimakan dua hingga tiga kali sehari yang mana secara purata setiap orang mengambil lebih kurang 85 kilogram nasi setahun.

Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan turut dihasilkan daripada beras seperti laksa, laksam dan lain-lain.

Sebagai makanan utama pemberi tenaga, masyarakat hari ini semakin menyedari pentingnya menikmati makanan yang berkualiti biarpun terpaksa membayar dengan harga yang lebih.

Begitu juga kesedaran tentang penjagaan kesihatan apabila semakin ramai yang terdorong untuk memilih beras kurang kanji, ditanam secara organik dan sebagainya.

Ini kerana beras mempunyai banyak khasiat dan mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti kanji, protein dan juga lemak.

Malah, di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat.

Bagi anda yang mementingkan kesihatan pula, beras perang adalah yang terbaik kerana ia kaya dengan serat.

Kebiasaannya, rakyat Malaysia makan nasi dengan cara merebus beras tiga suku masak dan seterusnya dibiarkan masak di dalam wap.

Nasi yang baik ialah nasi yang tidak melekat dan lembut. Kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan beras yang sederhana lembut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi

Sumber: Thaipbs