Haramkan Straw, Malaysia Ikut Jejak Britain & Taiwan
Mulai Januari 2019 penggunaan penyedut minuman akan diharamkan di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.
Namun perkara ini telah mendapat bantahan dari masyarakat dan mula dijadikan bahan jenaka pengguna di laman sosial. Mereka menggangap perkara ini perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan.
Tindakan dan penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya menjelang 2020
Kepada para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000. Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan
Sebelum ini, restoran makanan segera, Mcdonalds serta beberapa outlet besar seperti IKEA telah memulakan inisiatif ‘mengharamkan’ penyedut minuman kepada pelanggan.
Pada 27 April 2016, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mula melaksanakan penggunaan produk biodegradasi kerana penggunaan pembungkus makanan plastik dan polisterina boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan serta mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal yang tinggi.
Justeru itu, pihak kementerian turut dalam prosesmemasukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik itu sebagai salah satu daripada syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan.
Malaysia ikut jejak Britain dan Taiwan
Malaysia bukanlah negara pertama di dunia yang mengharamkan penyedut makanan, tetapi beberapa negara lain sudah melaksanakan langkah tersebut.
Britain bulan lalu mengikut jejak langkah Taiwan sebagai negara perintis yang bakal mengharamkan langsung penyedut minuman diperbuat daripada plastik ini di pasaran sebagai usaha memelihara kelestarian alam sekitar.
Majlis Pemuliharaan Marin menganggarkan penduduk Britain menggunakan 8.5 bilion batang straw pada setiap tahun dan bahan plastik itu adalah antara 10 jenis sampah yang paling banyak ditemukan di kawasan pantai.
Ratu Elizabeth II juga telah memerintahkan langkah pengurangan penggunaan penyedut air tersebut di semua istana semayam baginda dan anggota kerabatnya termasuk Buckingham, Windsor Castle dan Holyroodhouse.
Dalam pada itu Taiwan juga merancang pengharaman penggunaan barangan plastik, serta mempromosikan beg dan cawan plastik menjelang 2030, dengan semua restoran berdepan dengan banyak sekatan baharu mulai tahun depan.
Langkah ini merupakan usaha terbaru Taiwan untuk mengurangkan pembuangan sampah dan pencemaran selepas memperkenalkan program kitar semula dengan mengenakan caj tinggi ke atas penggunaan beg plastik.
Secara purata setiap penduduk Taiwan menggunakan 700 beg plastik setiap tahun. EPA merancang untuk mengurangkan jumlah tersebut kepada 100 menjelang 2025 dan sifar sebelum 2030.
Pemerintah sudahpun mengharamkan beg plastik percuma di semua kedai runcit besar, termasuk pasar raya dan kedai serbaneka dan akan diperluasa kepada perniagaan kecil termasuk kedai roti dan kedai kopi mulai tahun ini.
Taiwan juga sudah memulakan kitar semula plastik dan berusaha untuk mengurangkan plastik pakai buang lebih 10 tahun lalu. Pada 2017, hampir 200,000 tan plastik dikitar semula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi 🔥🔥🔥
Sumber; mynewshub