Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian akibat minum arak beracun di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri lain. Sejak semalam, angka kematian dilaporkan meningkat kepada 22 orang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya telah menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kes berlaku di Selangor manakala enam lagi di Kuala Lumpur dengan tiga mangsa merupakan rakyat tempatan dan selebihnya merupakan warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan juga India.

Apa itu keracunan metanol?

Pada 18 September yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kematian seramai 19 orang mangsa setelah meminum minuman keras adalah berpunca daripada keracunan metanol.

Metanol, juga dikenali sebagai alkohol metil antara lainnya, adalah sebatian kimia dengan formula CH3OH (sering singkatan MeOH).

Metanol industri pada hari ini dihasilkan melalui proses berpemangkin langsung daripada karbon monoksida, karbon dioksida dan hidrogen.

Ia adalah alkohol yang paling mudah dengan hanya satu kumpulan metilnya yang dikaitkan dengan kumpulan hidroksil.

Cecair metanol bersifat ringan, meruap, berwarna, mudah terbakar dengan bau tersendiri yang sangat menyerupai bau etanol (alkohol minuman).

Walau bagaimanapun, metanol sangat beracun dan tidak sesuai diambil. Bahan ini dalam bentuk cecairnya berkutub, dan digunakan sebagai antibeku, pelarut, bahan bakar dan sebagai penyahasli etanol. Ia juga digunakan untuk menghasilkan biodiesel melalui tindak balas transesterifikasi.

Mangsa akan mengalami beberapa simptom

Beberapa hari lalu, ramai mangsa mula menunjukkan simptom keracunan metanol seperti muntah, sakit perut, loya, sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sesak nafas sebelum pengsan dalam tempoh lapan hingga 12 jam selepas meminum tiga jenis minuman keras.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 21 September 2018, KKM telah menerima sejumlah 76 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM.

Daripada jumlah tersebut,  sebanyak tujuh (7) kes adalah kes baru dilaporkan iaitu enam (6) dari Kuala Lumpur dan satu (1) di negeri Perak.  Dengan peningkatan kes ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah sebanyak 15 kes, negeri Selangor kekal sebanyak 55 kes, dan Perak sebanyak enam (6) kes.

Taburan kes keracunan metanol mengikut kewarganegaraan

Daripada kes-kes yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 14 pesakit telah didapati stabil dan didiscaj dari hospital. Sebanyak 33 pesakit masih lagi menerima rawatan di lapan buah hospital di negeri Selangor dan Hospital Kuala Lumpur, di mana 19 pesakit adalah kritikal manakala 14 pesakit menerima rawatan di wad.

KKM melalui Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara. Minuman beralkohol yang disyaki adalah berjenama Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky, Joker Whisky dan bir berjenama King Fisher dan Volcano.

Anda akan didenda Rm100,000 atau 10 tahun penjara jika menjual apa-apa makanan dan minuman yang beracun.

Sehingga 21 September 2018, sebanyak 262 buah premis yang menjual arak telah diperiksa di mana 780botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini, Polis Selangor telah membuat 12 serbuan dan tujuh tangkapan di sekitar Lembah Klang berhubung kes keracunan arak yang menyebabkan kematian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱

Sumber: BeritaHarian, kpkesihatan.com