Jika sebelum ini viral mengenai maggi ketam ‘cekik darah’, kali ini tular di media sosial gambar resit air sirap yang dikenakan caj RM18 untuk satu jag di sebuah kedai makan di Melaka Tengah.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menge­luarkan notis amaran kepada sebuah restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksmana.

BACA: Maggi Ketam RM50 Semangkuk, Ini Jawapan Pemilik Kedai

Pengarah KPDNKK negeri, Jaiya Abu berkata notis itu diberikan untuk pengusaha mengemukakan dokumen tunjuk sebab selepas kedai makan tersebut tular gara-gara mengenakan caj RM18 untuk satu jag air sirap.

“Kita telah buat pemeriksaan dan men­dapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.

“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mem­punyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya kepada Astro Awani.

Selain itu pengusaha restoran turut diarah mengemukakan dokumen tunjuk sebab mem­babitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung yang dijual mengikut tangga harga berlainan.

“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tun­juk mak­lum balas harga hidangan itu,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?