Ini Sebab Kanada Halalkan Ganja
Selepas Uruguay, kini giliran Kanada pula menghalalkan penggunaan ganja di negara tersebut. Malah Kanada merupakan negara Eropah(G7) pertama yang menghalalkan ganja.
Senat Kanada sebelum ini mengundi untuk meluluskan penggunaan ganja, sekali gus menjadikan Kanada sebagai negara pertama dari kelompok G7 yang membenarkan penggunaan serta pengeluaran ganja.
Langkah tersebut telah mendapat pelbagai reaksi oleh masyarakat dunia. Ada yang mengatakan tindakan yang dilakukan Kanada adalah betul. Dan ini antara sebab Kanada membenarkan pengeluran dan penjualan ganja.
BACA: Malaysia Berkira-Kira Untuk Halalkan Ganja?
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pernah menggunakan ganja
Nama Justin Trudeau tidak asing lagi bagi masyarakat dunia. Beliau mempunyai karisma yang tersendiri sebagai pemimpin muda yang berwawasan.
Untuk itu pelbagai kisah yang pernah didengar tentang pemimpin ini. Malah bagi rakyat Kanada sendiri, janji untuk membenarkan pengambilan ganja sudah dibuat pada 2015 lagi menerusi kempen Perdana Menteri Justin Trudeau.
Apa yang menarik Perdana Menteri kanada itu sering dilihat menghisap bahan itu bersama rakan-rakannya, lima atau enam kali seminggu termasuk sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Dan kemuncaknya Dewan Rakyat Kanada meluluskan 205 undi dan telah menerima kelulusan Diraja dari ketua gabenor sekaligus mengakhiri larangan ke atas ganja yang dikuat kuasa di Kanada sejak 1923.
Pelaksanaan ini akan diteliti dan dibincangkan penduduk Kanada menjelang pilihan raya pada 2019, begitu juga negara-negara lain yang menurut Trudeau berkemungkinan akan turut serta jika langkah itu terbukti berjaya.
Pasaran gelap ganja terjejas
Langkah yang dilakukan Kanada membenarkan ganja rekreasi dijual oleh farmasi yang sah telah menyebabkan rakyat Kanada memilih untuk membeli ganja secara sah di farmasi
Jika sebelum ini jenayah penjulan ganja bagi pasaran gelap berleluasa dan ia dianggap satu kesalahan yang boleh merosakkan generasi muda Kanada
Kini pengguna bahan berkenaan tidak lagi memilih untuk membeli di pasran gelap. Statistik Kanada menunjukkan 5.4 juta penduduk Kanada akan membeli ganja daripada kedai-kedai ubat yang sah. Sekitar 4.9 juta daripadanya pernah menghisap ganja.
Harga saham bahan itu melonjak
Perubahan itu diterima baik peminat dan pelabur ganja dalam industri baru yang menyaksikan harga saham bahan itu melonjak di bursa saham Toronto dan New York.
Namun ia tetap dipersoalkan sebahagian pakar kesihatan dan ahli politik pembangkang.
Sejak peraturan baru itu di perkenalkan, tinjauan mendapati kedai-kedai di St. John di wilayah Newfoundland mula menjual ganja kepada peminat-peminatnya pada jam 12.01 tengah malam (waktu tempatan).
“Saya menyediakan lebih banyak pilihan berbanding peniaga di pasaran gelap, jadi anda mempunyai lebih banyak pilihan di kedai kami. Harganya juga setanding,” kata pemilik kedai THC Distribution, Thomas Clarke kepada penyiar awam CBC.
Di Ontario, wilayah paling padat penduduk, 38,000 pesanan ganja bernilai kira-kira $750,000 (RM2.4 juta) diproses dalam masa beberapa jam Rabu lalu manakala di Quebec 42,000 pesanan diproses di kedai dan dalam talian.
Di bawah peraturan baru itu, penduduk Kanada berusia sekurang-kurangnya 18 atau 19 tahun akan dibenarkan membeli sehingga 30 gram ganja dan menanam sehingga empat pokok di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN
Thailand Bakal Jadi Negara Asia Pertama Halalkan Ganja
Coca-Cola Kaji Untuk Hasilkan Minuman Perisa Ganja
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
Sumber: BeritaHarian