Sebut je jenama Samyang, perkara pertama yang akan berada di fikiran ialah mee ramen pedas mereka yang cukup popular. Terbaru, Samyang menghasilkan koleksi mekap untuk peminat ramen pedas mereka.

Apa yang pasti, jenama kosmatik dan barangan kecantikan Korea memang tidak pernah mengecewakan serta sering tampil dengan kotak pembungkusan yang unik dan comel-comel belaka.

BACA: Samyang Perkenal 4 Ramen Perisa Baru, Boleh Dapatkan Disini!

Berkolaborasi dengan jenama kosmetik terkenal, Samyang X Tony Moly menghasilkan koleksi mekap edisi terhad terdiri dari bedak kusyen, pelembap bibir, pemerah pipi dan pewarna bibir lip tint.

Apa yang menarik, koleksi mekap tersebut dibungkus dalam paket Samyang. Pasti ramai yang akan tertipu sama ada ianya ramen atau pun mekap. Pewarna bibir lip tint dibungkus dalam paket Samyang perisa Cheese, Karbo dan Hot Chicken.

Setiap pembelian bedak kusyen yang dibungkus dalam paket Samyang berbentuk cawan akan didatangkan bersama sikap yang dibungkus seperti dalam pembungkus chopstik.

Harga untuk setiap unit koleksi mekap Samyang sangat berpatutan dan tidak melebihi RM70. Bagaimanapun, koleksi Samyang x Tony Moly ini hanya dijual di pasaran Korea sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!