Misteri kehilangan Pesawat Lion Air JT 610 yang terputus dari radar 13 minit selepas berlepas dari lapangan terbang awal pagi ini terjawab apabila disahkan terhempas di perairan utara Jawa.

Belum selesai lagi misi mencari dan menyelamat, satu demi satu kisah terungkai selepas nahas berlaku. Satu pendedahan tentang keadaan pesawat JT-610 beberapa jam sebelum terhempas dibongkar oleh seorang penumpang iaitu Conchita Caroline yang juga seorang pengulas sukan dari Indonesia.

BACA: Serpihan Pesawat Lion Air & Barangan Penumpang Ditemui

Dikongsikan menerusi Insta Story, wanita itu memberitahu sangat terkejut apabila pesawat yang terhempas itu adalah pesawat yang dinaiki olehnya malam sebelum tragedi. Menurut Conchita, dia menaiki pesawat yang sama bersama pasukannya pada waktu malam 28 Oktober menuju ke Jakarta dari Denpasar.

Conchita memberitahu, penerbangan pesawat tersebut bukan saja terpaksa ditunda malah turut mengalami masalah enjin yang beberapa kali selain masalah teknikal lain.

Ujarnya lagi, seorang penumpang muntah dan mengalami masalah pernafasan akibat kekurangan oksigen. Malah ramai penumpang mengadu tidak selesa ekoran masalah penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan betul.

Katanya lagi, walaupun pesawat sudah masuk ke kawasan landasan, namun terpaksa di batalkan untuk berlepas dan kembali ke kawasan parkir.

Lebih mengecewakan, Conchita memberitahu pihak syarikat penerbangan tidak menjelaskan masalah teknikal yang dialami kepada para penumpang dalam tempoh masa yang lama sedangkan mereka berhak untuk tahu keadaan terutama sekali tentang jaminan keselamatan.

Bagaimanapun, di akhir perkongsiannya itu Conchita turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥