Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggarkan jumlah mereka yang terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) meningkat sehingga lebih 300,000 orang pada tahun ini.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2013, komuniti gay dan lesbian dianggarkan sekitar 173,000 orang. Manakala pada 1988, terdapat seramai 10,000 orang mak nyah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 70 hingga 80 peratus adalah dari etnik Melayu, selebihnya Cina dan India.

BACA: LGBT, Pelacur Layak Terima Zakat Al-Riqab di Selangor

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komunitinya, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, pengaruh internet seperti media sosial menyumbang kepada peningkatan jumlah tersebut.

“Dengan keterbukaan dari sudut media sosial, capaian untuk golongan muda itu lebih banyak. Ini secara tidak langsung lebih menggalakkan mereka untuk mencapai kepada aplikasi mobil yang berkaitan dengan LGBT.

“Sebab itu kita mencadangkan kepada masyarakat bermula daripada rumah kalau boleh ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka. Kalau dulu kita risau anak kita keluar rumah tak balik, tapi sekarang kita perlu lebih risau kalau anak kita dalam bilik dan tidak keluar,” katanya.

Ujarnya lagi, selain media sosial, gejala LGBT juga turut berpunca daripada asrama sesama jenis. Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya ibu bapa menghantar anak-anak ke asrama apabila mencapai umur 16 tahun.

“Dalam beberapa kes, mereka (kanak-kanak dan remaja lelaki) diliwat pelajar senior ketika berada di sekolah berasrama, sekali gus mengakibatkan wujudnya faktor ketagihan kepada seks sejenis dan bertukar menjadi seorang gay.

“Oleh itu, saya berpandangan sekolah berasrama ini lebih sesuai bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, bagaimanapun ia hanya pandangan peribadi yang boleh dibincangkan lebih lanjut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱