Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahan binaan seperti batu bata, pasir, keluli, dan simen akan dikecualikan daripada SST. Ia sekaligus mengurangkan tekanan terhadap harga rumah, perindustrian dan komersial.

Terbaru, Guan Eng memberitahu harga rumah bagi projek perumahan baharu dijangka turun sebanyak 10 peratus. Beliau berkata lagi, ia hasil persetujuan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) untuk melaksanakan penurunan harga tersebut.

BACA: Harga Rumah Lebih Murah Selepas Perlaksanaan SST

Ujar beliau, pengecualian SST yang diberikan kepada bahan binaan memberi ransangan kepada sektor hartanah dan pihak berharap ianya boleh membawa kepada penurunan harga rumah.

Foto: The Star

Bagaimanapun, Guan Eng menjelaskan penurunan harga rumah itu tidak melibatkan projek perumahan harga terkawal seperti projek rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Manakala bagi harga projek perumahan sedia ada, beliau meminta rakyat menunggu pengumuman semasa pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat ini.

Apabila ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya pemaju masih enggan menurunkan harga rumah, Guan Eng berkata kerajaan akan mengenakan semula SST bagi bahan binaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱