Telefon Polis Sebab Ada Bawang Dalam Burger
Sekarang ini jika anda melihat sekeliling bermacam-macam ragam jenis manusia dapat dilihat. Ada di antara anda yang sukakan makan burger bersama bawan, namun tidak semua orang menggemarinya sehinggakan ada yang sanggup menghubungi polis kerana menemui bawang di dalam burgernya.
Baru-baru ini Manchester, UK seorang pelanggan restoran makanan segera McDonald’s menghubungi pihak polis kerana burger yang dibeli olehnya mempunyai bawang.
BACA: Burger Special Malaysia Terkenal Di New York
Pelanggan tersebut, Leslie McDonagh, 53 tahun pada awalnya mengugut pengurus restoran makanan segera tersebut dan mencabar untuk berlawan dengannya.
Apabila polis tiba di tempat kejadian dan memintanya untuk beredar, lelaki itu enggan untuk berbuat demikian serta memegang kaki pegawai polis kerana tidak mahu keluar dari restoran.
Sebaik sahaja berjaya membawanya keluar dari restoran, lelaki berkenaan bertindak meludah wajah pegawai polis yang berada di tempat kejadian.
Rupanya, lelaki tersebut dipercayai berada dalam keadaan mabuk selepas minum enam tin bir ketika kejadian itu berlaku.
Menurut peguam lelaki berkenaan, pergaduhan berlaku bukan hanya kerana tempahan yang diterima salah tetapi anak guamnya mempunyai alahan yang teruk terhadap bawang.
Ujarnya lagi, lelaki itu hanya meminta untuk tidak meletakkan bawang di dalam makanannya da dan dari situ kekecohan bermula. Peguamnya juga memberitahu anak guamnya itu bukan seorang yang ganas.
Dalam pada itu, Polis Metropolitan memberitahu mereka telah menerima lebih daripada 10,000 panggilan yang tidak perlu dilaporkan pada tahun lalu. Dalam kejadian yang sama, seorang lelaki memanggil polis kerana restoran KFC yang dikunjunginya tutup pada siang hari kerana kekurangan ayam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- World of buzz