Setiap mereka yang berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga untuk lebih bahagia. Namun berbeza dengan seorang pemuda berusia 27 tahun dari New Delhi, India ini yang mahu menyaman ibu bapanya kerana melahirkannya ke dunia ini tanpa izin.

Pemuda tersebut, Raphael Samuel merupakan anti-natalism (mempunyai kefahaman yang mepuyai penilaian negatif terhadap kelahiran) mengatakan melahirkan makhluk tanpa meminta persetujuan mereka ada salah dari segi moral.

BACA: Lewat Bayar Upah, Bayi 14 Bulan Didera Pengasuh Hingga Sawan

Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai tentangan terhadap kanak-kanak atau kehidupan mereka, namun dia percaya bahawa kehidupan yang tidak mendapat persetujuan tidak seharusnya dibawa ke dunia ini.

Pemuda itu merancang mahu membawa ibu bapanya ke mahkamah kerana menganggap dia adalah mangsa kehidupan.

“Saya sayang ibu bapa saya dan kami mepunyai kehidupan yang baik tetapi mereka mempinyai saya di atas keseronokan dan nikmat mereka.

“Kehidupan saya memberansangkan, tetapi saya tidak melihat mengapa saya sepatunya meletakkan kehidupan lain melalui persekolahan dan mencari kerjaya terutama bila mereka tidak bertanya untuk mewujudkannya,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?