Menu nasi lemak memang cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Tidak kira di mana saja masakan popular ini menarik perhatian ramai pembeli dan pastinya, ia membangkitkan aroma yang menyelerakan.

Rasanya kalau sebut saja nasi lemak, apa yang paling penting adalah sambalnya sama ada sedap atau tidak. Dikongsikan oleh Rose Niey, ini antara petua sambal nasi lemak sedap. Katanya, siapa yang makan pasti akan teringat-ingat.

BACA: Restoran Nasi Lemak Anak Malaysia Laris Di London

Menurut Rose, petuas untuk menyedapkan sambal adalah dengan memasukkan segenggam ikan bilis ketika mengisar bawang. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Rose Niey ini.

Bahan-bahan:

10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Satu genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
Gula melaka
Gula
Asam gelugur
Garam

Cara membuatnya:

1. Kisar bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis. Kisar kasar-kasar.

2. Tumiskan bawang yang dikisar bersama ikan bilis tadi. Bila dah betul-betul garing, masukkan cili kering kisar dan kacau sekali sekala je.

 

3. Masukkan Nisan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Bila nak kering kuah masukkan ikan bilis setengah mangkuk dan garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh, tak nak letak pun tidak mengapa.

Mudah sahaja resepi yang dikongsikan ini. Boleh la anda cuba buat dihujung minggu ini untuk dinikmati bersama keluarga.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍