Ciptaan Pasaraya Tempatan Ini Bantu Anda Masak Dengan Pantas!
Kekangan masa dan kerja lewat malam merupakan salah satu sebab mengapa ramai yang memilih untuk makan di luar dari memasak di rumah. Kadang-kadang bila ada masa untuk masak tetapi bahan dapur pula habis, jadi akhirnya ada yang lebih gemar makan di luar sebelum balik kerja.
BACA: Resepi Ayam Spicy Korean Hanis Zalikha Viral!
Usah risau, kini rangkaian pasaraya AEON menyediakan bahan mentah yang sudah siap dibungkus mengikut jenis hidangan tertentu dalam satu bekas seterusnya memudahkan anda untuk memasak.
Malah, ia menjimatkan wang kerana anda tidak perlu beli barang dengan kuantiti yang banyak. Beberapa potongan ayam diletakkan ke dalam satu bekas bersama bawang, cili, halia dan sebagainya mengikut sukatan untuk satu hidangan seperti ayam masak kicap, ayam goreng kunyit dan sebagainya.
Di samping itu, cara ini dapat menjimatkan masa anda untuk memasak dan tempoh penyediaan makanan juga lebih singkat dari biasa. Hanya perlu potong bahan-bahan yang dibeli kemudian masak seperti biasa.
Bahkan, idea seperti ini dapat menggalakkan orang tidak mahir memasak untuk lebih berkeyakinan untuk memasak seterusnya menjadikan mereka mahir memasak di masa akan datang.
Diharap dengan ciptaan ini dapat menarik minat orang ramai untuk memasak serta dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang di rumah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun | Japan Day 13
- SUMBER
- FB PETUA IBU