Sambal belacan merupakan makanan tradisional yang enak dimakan bersama ulam. Sebuah sekolah di pantai timur kecoh apabila beberapa pelajar menumbuk belacan untuk dijadikan sambal belacan dalam pertandingan sambal belacan antara kelab dan persatuan di sekolah berkenaan.

BACA: Kisah Pelajar Autism Peminat Ultraman

Sumber dari Fb Sarassuwati Ali

Beberapa pelajar Sekolah Menengah Teknik Terengganu di Kuala Terengganu menyertai pertandingan tersebut secara berkumpulan, kata Guru penasihat kelab dan setiausaha kokurikulum sekolah, Sarassuwati Ali pada mStar Online.

Berikutan itu, peserta diajar untuk menghadapi cabaran dalam membuat sambal belacan yang boleh memudaratkan kepada mereka jika tidak berhati-hati.

Sumber dari Fb Sarassuwati Ali

“Kalau tak cermat tumbuk cili, boleh terpercik pada mata. Ada yang sampai kena cepat-cepat pergi cuci (mata) kat sinki. Jadi, pelajar perlu fokus semasa menumbuk cili,” jelasnya.

“Nilai yang diserapkan dalam pertandingan ini adalah semangat kerjasama, persaingan sihat, berusaha untuk menjadi terbaik. Mereka berlumba-lumba nak jadi pemenang,” sambungnya.

Sumber dari Fb Sarassuwati Ali

Peserta dikehendaki membuat satu hidangan menggunakan ikan di samping membuat sambal belacan. Tempoh penyediaan yang diberikan hanyalah 45 minit untuk kesemua hidangan.

Justeru itu, kriteria untuk memenangi pertandingan itu dipilih berdasarkan keenakan rasa, persembahan hidangan, kebersihan semasa memasak dan kerjasama kumpulan.

Tambah Sarassuwati, sambal belacan biasanya mempunyai rasa pedas namun sambal belacan yang dihasilkan oleh pelajar kali ini haruslah seimbang dari segi rasa masam, masin, manis.

“Dari segi fizikal, memanglah jadi. Kalau tengok, boleh tahulah tu sambal belacan. Tapi dari segi rasa, ada yang okay, ada yang setakat rasa pedas saja,” katanya.

“Bolehlah nak dimakan, cuma antara sedap dan kurang sedap jelah. Apapun kami sentiasa bersikap positif terhadap pelajar,” jelasnya.

Selain itu, terdapat pelbagai gelagat boleh dilihat semasa pertandingan itu diadakan termasuklah gelagat pelajar yang baru pertama kali ‘masuk ke dapur’ namun tetap menyumbang tenaga dalam kumpulan mereka.

“Mereka jadi tukang potong cili, tukang cuci. Tapi impaknya adalah semua pelajar seronok kerana hasil hasil kerja mereka dapat dirasa oleh guru-guru,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pemenang pertandingan sambal belacan itu akan diumumkan pada Ahad ini semasa perhimpunan rasmi sekolah beserta penyampaian hadiah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun | Japan Day 13