Cara Buat Pes Nasi Goreng Bilis, Hanya Masukkan Nasi & Sayur Je
Bulan Ramadan hampir tiba, pasti ramai yang tengah terfikir menu apa la nak sediakan setiap kali sahur. Boleh dikatakan ramai mak-mak lebih suka sediakan nasi goreng sebab nak buat pun senang dan cepat.
Nak lagi cepat buat nasi goreng, sediakan sahaja pes mudah ini dan simpan dalam peti sejuk. Resepi yang dikongsikan oleh Cikgu Rosli ini memang senang dan sedap sangat. Orang bujang pun tak perlu berhempas pulas di dapur setiap kali nak buat nasi goreng.
BACA: Ahmad Maslan Kembali Dengan Resepi Baru, ‘Nasi Goreng Strawberi’
Bahan-bahan:
20 biji cili padi hijau
7 biji cili besar merah
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 genggam ikan bilis (rendam dulu bagi lembut)
Minyak masak
Garam
Gula
Bekas untuk menyimpan
Cara membuatnya:
1. Tumbuk cilik padi, cili besar, bawang besar dan bawang putih sehingga hancur. Kemudian tumbuk ikan bilis.
2. Masak kesemua bahan yang ditumbuk tadi sampai kering dan pecah minyak. Kemudian tambahkan garam dan gula.
3. Masak sampai elok kejadiannya. Cili boleh tambah ikut kepedasan yang diinginkan.
4. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Setiap kali nak goreng hanya masukkan nasi dan sayur sahaja dah siap!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Mingguan Wanita