Tidak lama lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Sekarang ni, ramailah pereka fesyen dan usahawan sedang sibuk membuat pelancaran rekaan baju raya terbaru.

Tetapi, satu rekaan fesyen kurta raya terbaru ini menjadi bualan ramai dan mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen mengatakan rekaan kurta itu seperti baju tidur dan baju renang muslimah. Lebih terhibur apabila ada yang menyamakan seperti baju program Bolos.

 BACA: Takut Baju Raya Tak Muat, Ini Tips Diet Ketika Sahur!

Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan rancangan Bolos merupakan sebuah game show yang pernah disiarkan di Astro Ria dan dihoskan oleh Zizan Razak.

Menurut pereka baju tersebut, kurta itu adalah kurta kasual dan dibuat khas bukan untuk Melayu sahaja. Katanya lagi, fesyen juga harus dilihat sebagai satu perkara yang universal. Difahamkan, kurta tersebut dijual dengan harga RM169 sepasang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥