Ini sememangnya fakta mengejutkan dimana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mendedahkan hanya satu daripada 150 kedai mamak di negeri berkenaan mempunyai sijil halal Malaysia.

Menurut pengarahnya, Mohd Rusdi Ramli, hanya satu sahaja yang ada sijil halal dan ada sebuah lagi sedang proses permohonan.

BACATerkejut Restoran Mamak Caj 30 Sen Untuk Mangkuk

Jelasnya lagi, pemilikan sijil halal sangat penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan serta kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan yang penting mengikut syarak.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya tidak menghalang jika ada pelanggan mengunjungi restoran terbabit memandangkan kedai mamak sememangnya diminati ramai.

“Saya tidak kata yang tiada sijil halal itu menggunakan barang-barang haram, tetapi dari segi penyediaan makanan, kualiti kebersihan premis serta bahan apa yang mereka gunakan dalam masakan, kita tidak tahu kerana mereka ini tidak diaudit, berbanding yang ada sijil halal mereka ini sentiasa dipantau dan diaudit penggunaan bahan-bahan masakan, termasuk kebersihan premis,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan keraguan, pihaknya menyarankankan semua restoran Melayu yang beroperasi di negeri ini untuk mendapatkan sijil halal.

“Walaupun restoran Melayu ini tidak memiliki sijil halal, tetapi kita sudah tahu bahawa mereka ini pasti orang Islam, dan penyediaan makanan juga Insya-ALLAH berlandaskan syarak.

“Tetapi untuk menguatkan lagi kualiti jaminan penyediaan makanan dan kebersihan makanan, kita harap semua restoran makanan buat permohonan sijil halal,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱