Saman Akan Dikeluarkan Buat Perokok Degil Mulai Bulan Ini
Umum mengetahui larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu. Nampaknya, tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan di kedai makan dan restoran berakhir Julai lalu.
Ini bermakna, bermula bulan ini saman akan dikeluarkan kepada perokok yang masih berdegil. Seperti yang anda tahu, sudah banyak papan tanda larangan merokok di letakkan di kedai makan dan ditempat awam.
BACA: WhatsApp Sekat Talian Hotline Lapor Perokok Di Tempat Awam
Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menyeru orang ramai untuk memberikan bekerjasama kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan selain berharap perokok dapat mengubah sikap mereka.
Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, di mana perokok yang melanggar peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Manakala, pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram