Baru-baru in tular foto seorang gadis menunaikan solat secara terbuka di atas rumput. Menerusi perkongsian di Twitter oleh adik gadis tersebut, difahamkan mereka sudah terlambat untuk menunaikan solat dan sudah hampir masuk waktu Maghrib.

Malah turut terharu dengan sikap tolak ansur pemandu Grab berbangsa Cina yang sanggup menunggu mereka untuk menunaikan solat terlebih dahulu.

BACA: Tak Mahu Lupa 30 Juzuk Quran, Bakal Doktor Jadi Imam Solat Terawih

Menurut gadis menggunakan nama Ainul Jannah itu, tujuan dia memuat naik status berkenaan sekadar untuk berkongsi pengalaman dilalui mereka dan tanda penghargaan kepada pemandu Grab tersebut, namun lain yang dilihat oleh netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian tersebut yang mempersoalkan tindakan gadis itu menunaikan solat secara terbuka. Malah, ada yang memberitahu ada masjid di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, gadis itu menjelaskan mereka tiada kenderaan untuk mencari masjid atau surau di sekitar kawasan berkenaan dan mereka juga tidak biasa dengan kawasan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, gadis tersebut Noor Aliyah memberitahu ia tidak tahu Ainul Jannah memuat naik gambarnya ketika solat sehingga tular di Twitter. Jelasnya lagi, tidak pernah timbul niat untuk menunjuk dirinya alim.

Menceritakan apa yang berlaku, dia dan Ainul menetap di Jitra dan ke Kuala Lumpur Isnin lalu kerana ada urusan kerja di sebuah kafe di Sri Petaling.

“Kami tiba di Kuala Lumpur agak lewat iaitu 5 petang dan terus ke Sri Petaling menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk urusan kerja di situ.

Pada awalnya mereka bercadang untuk solat di stesen LRT saja dan sudah menempah Grab untuk ke stesen namun pemandu dijangka tiba lewat disebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya lagi, dia juga sudah memeriksa kawasan berkenaan terlebih dulu dan tidak teragak-agak untuk solat di situ kerana persekitarannya bersih.

Noor Aliyah turut memuji pemandu tersebut meskipun bukan seorang Muslim, tetapi dia faham dengan situasi dihadapinya dan tidak keberatan menunggu serta  tahu menghormati penumpang berlainan agama.

Dalam pada itu, ramai netizen mempertahankan tindakan gadis itu dengan mengatakan tiada salahnya untuk menunaikan solat di atas rumput serta berpendapat orang Malaysia sahaja yang tak biasa dengan cara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi