Boleh dikatakan apa saja makanan atau minuman unik di pasaran sekarang pasti akan menjadi fenomena. Jadi tidak harian rata-rata pengusaha makanan berlumba-lumba untuk memperkenalkan menu yang viral dan lain dari yang lain.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila rangkaian makanan segera terkemuka KFC di Amerika Syarikat sedang menguji menu sandwic ayam goreng diapit dengan donat sira atau gula.

BACA: KFC China Perkenal Nuget Durian, Bila Giliran Malaysia?

Difahamkan, menu tersebut dijual dengan harga US$5.99 (RM25). Pelanggan boleh memilih untuk nikmati sandwic donat itu bersama filet ayam goreng atau ayam goreng bertulang dan harga berbeza mengikut jenis ayam.

Foto promosi menu tersebut tular di Twitter dan rata-rata netizen teruja dengan menu unik tersebut dan tidak sabar untuk mencubanya.

Namun ramai yang menyifatkan hidangan tersebut boleh membunuh dan mengundang penyakit diabetes kerana kandungan kalori yang sangat tinggi.

Agak-agak kalau perkenalkan dekat Malaysia ramai tak yang nak cuba menu terbaru KFC ini?

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi